Khamis, 3 Januari 2013

100 jam pun belum tentu Najib jawab

Dakwaan Deepak : Najib diminta jawab dalam 48

PAS memberikan tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor agar menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan terhadap mereka berdua.

"Jika tidak, kita akan menganggap kedua-duanya bersalah sebagaimana yang dituduh oleh peniaga karpet berkenaan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau membuat permintaan itu ekoran dakwaan bertubi-tubi yang dibuat oleh ahli perniagaan itu terhadap Najib dan isterinya.

Namun sehingga kini, Najib dan isteri serta pemimpin BN belum membuat sebarang jawapan mengenai tuduhan itu.

Ketika dakwaan pertama dibuat oleh Deepak sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan menjawabnya.

(Ini isu jenayah yang tidak boleh dibiarkan tanpa penjelasan - Husam Musa)

Namun, tidak ada apa-apa jawapan diberikan Zahid selepas itu.

"Saya meminta, jika Najib dan Rosmah tidak mahu menjawab pun, pemimpin BN kena membuat penjelasan mengenai hal ini.

"Alasan sedang bercuti di luar negara tidak boleh diterima langsung kerana ia perkara yang sangat besar dan dakwaan ini sangat serius.

"Saya hairan bagaimana orang seperti Tun Dr Mahathir pun boleh senyap sedangkan ini isu besar negara yang melibatkan pelakuan jenayah dan perlu diberikan penjelasan," kata Husam.

Jika selepas 48 jam, Najib dan pemimpin BN tidak membuat sebarang penjelasan, Husam berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Antaranya saya akan mencadangkan agar buku yang ditulis Deepak diedarkan secara besar-besaran kepada orang ramai," kata Husam.-Harakahdaily

Najib kini bercuti di luar negara.Muhyiddin seronok apabila Najib kini jadi mangsa Deepak.Samaada kita percaya atau tidak dengan dakwaan Deepak Najib kena jawab jugak.Tapi Najib apa isu pun dia tak jawab.Bagi 100 jam pun belum tentu Najib jawab.

Bini Najib ,Rosmah turut dipalitkan dengan dakwaan Deepak.Tapi Rosmah masih syok tulih buku mengenai dirinya.Tapi sayang Deepak jugak tulih buku yang hancurkan segala buku yang diterbitkan Rosmah Mansor.

Najib untung sebab beliau pemimpin Umno-BN tapi kalau perkara yang sama berlaku kepada pemimpin parti pembangkang dah lama pihak berkuasa serbu dengan pasukan Gerak Khas yang bertopeng,rumah digeledah,diselerakkan,mata dilebamkan untuk cari bukti.

Siapa Deepak?Siapa di belakang Deepak kini jadi persoalan.Isu ini timbul ketika pru 13 semakin hampir.Adakah ini kerja orang dalam Umno sendiri.Sama-sama kita tengok adegan seterusnya.

2 ulasan:

  1. Diam tanda setujulah dgn tuduhan deepak,,,,,heran sungguh dgn keberanian deepak, ,,,,,misteriiiiiii nusantara

    BalasPadam
  2. Selama 22 tahun membina empayar dibawah payung UMNO Baru, tak kan nak biarkan khazanah yang dikumpulkan jatuh sahamnya jika tidak diperpanjangkan talian hayatnya. Berakhirnya riwayat 'UMNO BARU' bermakna menempelakkan kekaratan yang terpalit selama 22 tahun yang selama ini dianggap sebagai wira moden bangsa kerana disebalik perkataan 'BARU' yang dibuang itu ternyata terpalit karat yang membusuk dan tidak setanding 'UMNO' asal yang memperjuangkan hak rakyat jelata.

    Demi menutup pekong karat sementara terbina empayar dinasti II, pelakun-pelakun lasak dan umpan diilhamkan bermula dari pak Lah, pak Jib dan sekarang ini pelakun tambahan pak Din. Drama bersiri ini bersumberkan tingkat 4, kapal selam, risalah, gosip, buku dan senario mengunci tonggak kekuatan dari 3 ekor monyet yang empunya gelaran. Penampilan pelakun-pelakun baru bermasalah kerana masing-masing berhati-hati dan berpura-pura kerana tidak mahu terjebak diantara kebangkitan antara dua kuasa, sorong papan, tarik papan biarpun dibelakang tirai mereka ada kuasa lain sebagai payung mereka. Kalau tidak dah lama kena cekup dahhh.

    Apakah umpan pelakun tambahan pak Din yang mengidam itu berjaya mengilap karat 'UMNO BARU' dalam meniti riwayat dinasti II ? Adakah pelakun utama yang ada sekarang terhidu bau najis karat ini setelah dicemuh, digossip dan dimalukan sedemikian rupa lalu menenggelamkan kapal selam scorpionnya bersama riwayat dinasti I dan II. Senjata kuasa vetonya mengistiharkan PRU13 sebelum di aib, dijatuhkan dan dimalukan lagi dalam kelompok naungan kroninya sendiri. Umpama biar putih tulang jangan putih mata. Rakyat yang bijaksana sedar akan hak mereka supaya tidak terpedaya lagi dengan beberapa dakyah dan siri lakunan ini.

    BalasPadam