Mufti cadang tangguh kerja alih kubur Pengerang
Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di Kota Tinggi.
Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.
"Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelum urusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Kota Tinggi, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah.
Sebelum itu, Mufti dan rombongan turut melawat tapak perkuburan Islam yang baharu di Punggai, selain tanah perkuburan Islam di Teluk Empang dan Kampung Jawa Darat.
Beliau juga berkata Jabatan Mufti akan memberi perhatian terhadap rungutan penduduk tentang jarak kubur antara satu sama lain yang terlalu dekat iaitu hanya 0.3 meter selain beberapa kelemahan semasa prosedur pemindahan kubur.
Sebanyak 1,545 kubur yang dikenal pasti termasuk 940 tidak mempunyai waris di Kampung Teluk Empang, Sungai Kapal, Sungai Buntu dan Kampung Jawa, Langkah Baik, Sebong dan Batu Mas akan dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang baru di Punggai.
Pemindahan kubur dari tujuh buah kampung ke kawasan berkenaan yang merupakan tanah rizab kerajaan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).
Tapak perkuburan baru itu mempunyai lapan lot dengan setiap lot boleh memuatkan antara 805 hingga 1, 495 petak kubur mengikut pekeliling serta piawaian yang ditetapkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Dalam pada itu, Mohd Tahrir berkata kerja-kerja pemindahan kubur itu diharuskan bagi memberi laluan kepada pembangunan selain bagi memuliakan jenazah itu sendiri.
Menurutnya, proses pemindahan itu telah beberapa kali dilakukan di negeri ini seperti sekitar tahun 1980an di Muar melibatkan projek pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menghubungkan Johor dengan Kuala Lumpur.- Bernama

Tiada demontrasi untuk selamatkan kubur orang Islam kerana berlaku di negeri Umno beranak.Perkasa,Pekida senyap.Umno lagi la senyap.Nak bela Melayu konon...tanah kuboq pun tak boleh jaga
BalasPadamLebih menyedihkan buat kubur asing-asing hanya keraana `amanat seorang ulama politik'. AlQuraan dan Sunnah adalah sebenar-benar petunjuk yg tak akan berubah.