Misai Merah

Kalau sokong BN tambah RM1000..ni bukan rasuah ka?

TPM:BR1M boleh naik ke RM1000 jika menang
Ketika rakyat Malaysia menunggu menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata wang tunai RM500 untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh ditambah kepada RM1,000 dan menjadi dasar kekal jika BN mengekalkan Putrajaya.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News, Muhyiddin berkata semasa sesi bertemu rakyat di Tanjung Malim semalam bahawa BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan ".

Sekiranya pendapatan nasional dan hasil cukai melebihi RM125 bilion, kerajaan akan menimbang menaikkan pemberian wang tunai RM500 itu kepada RM1,000, kata Muhyiddin, yang juga timbalan presiden BN.-Malaysiakini

Bagaimana pulak fatwa daripada SPRM?Politik wang bukan rasuah ka?Nak menang dan terus menang umpan duit ..bukan rasuah ka.Sokong aku bagi duit tak sokong aku tak dapat duit.Bukan rasuah ka?

Polis makan rasuah RM10 supaya tak payah saman sebab tak pakai topi keledar itu dikira rasuah.Tapi kalau BN merasuah duit kepada pengundi itu tak dikira rasuah.Cuba tanya Mufti Perak,Mufti Wilayah, tanya Noh Gadut, tanya Fathul Bari apa depa nak komen.Mungkin ini mudarat kecil bagi puak ni.

Kenapa tak janji turunkan harga minyak,hapuskan tol,cari jalan turunkan harga barang,hapuskan PTPTN,pendidikan percuma kalau betoi nak tolong rakyat bukan merasuah duit yang boleh tahan hanya beberapa hari saja.
2 comments:

Kalau tanya Fathul Bari dia akan bgitahu yang ni semua selisih pendapat antara ulama. Perkara kecil dan selalu dibesar2kan. Hahahahaha....


tak rasuah bang tu tai berah ah long muhidin


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
Nak hapuskan politik seks,politik fitnah,rasuah dan salah guna kuasa kena hapuskan kuasa Umno-BN,kalau tidak dihapuskan maka ianya akan jadi barah yang sukar diubati

MALAYSIAToday

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

ASPAN ALIAS

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Debik Karmic

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Telok Bakong Online

Dewan Ulamak PAS Pusat

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

peguampas

Idris Ahmad

Khalid Samad

Bakistani

~penarik beca

hamirdin

Omak Kau!!!!

JIWOKELATE

Anak Kedah

PAS Parit Buntar (PASPB)

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

harapan terbaru

Arkib Blog :

Blog Start January 2009 Pageviews