Klik untuk besarkan imej di atas
Jakim Gesa Badan Korporat, Persendirian Sokong Program Pemulihan Gejala Sosial-mStar Online-1-1-2013
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa lebih banyak pihak persendirian dan badan korporat tampil menyokong program rawatan dan pemulihan remaja yang terjebak dalam gejala sosial.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata ini bagi memastikan usaha itu dapat diteruskan dengan lebih berkesan pada masa akan datang, sekali gus mengekang kes pembuangan bayi, kelahiran anak tidak sah taraf dan rogol yang meningkat saban tahun.
"Mungkin sebelum ini tiada atau jarang orang yang dekati mereka tetapi bila kita dekati mereka ada peluang yang baik untuk mereka nak berubah," katanya pada sidang media selepas menutup program 'Himpunan 1,000 Jiwa 1 Hati 2012' anjuran Jakim dan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, di sini, Selasa.
Penasihat program itu, Rosmawati Zainal berkata setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan untuk membantu remaja bermasalah membina kehidupan yang lebih baik.
Beliau berkata setiap tahun, Raudhatus Sakinah menerima ramai remaja perempuan yang hilang arah akibat terjerumus ke kancah gejala sosial.
"Kami yakin remaja ini jika diberi peluang untuk berubah pastinya mereka memilih untuk menjadi anak dan anggota masyarakat yang baik.
"Bimbingan bukan sahaja untuk mereka bangkit semula bahkan bimbingan juga perlu dilaksanakan kepada semua belia agar mereka sedar tentang kepentingan menjaga maruah diri serta berusaha jauhkan diri daripada persekitaran yang tidak baik," katanya.-mStar Online
Kata Ust Idris Ahmad AJK Pas Pusat dalam FB beliau,"Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat pro aktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan