Selasa, 1 Januari 2013

Ucapan Tahun Baru Najib penuh ketakutan

Najib merayu lagi , berjanji lagi macam orang hilang bini, hilang laki agar kembali bersama kepada rakyat Malaysia agar terus pilih BN dalam pru 13 akan datang.Ni belum hilang kuasa lagi kalau dah hilang kuasa agak-agak jadi lagu mana.Kata Najib;
“Marilah bersama-sama saya menjadikan impian kita satu realiti, berdirilah di sisi saya untuk kita bersama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik untuk negara dan anak-anak kita.

“Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama ini sudah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.

“Masa depan negara dan anak kita terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha berterusan dengan hala tuju yang jelas.
“Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa,”-Petikan ucapan tahun baru 2013 oleh Najib Berita Harian Online.


Macam orang nak habis umur pun ada pesan macam-macam.Bersiaplah bawa segala harta kumpul di tempat yang selamat kalau jadi apa-apa atau hilang kuasa sempat lari ke luar negara.Pemimpin PR pulak sedang bersiap nak jadi PM dan menteri.WoW! Hilang bini tak pa lagi boleh cari ganti tapi kalau hilang kuasa yang dimonopoli sejak 55 tahun yang lalu lagi teruk jadinya.

Tengok apa jadi kepada Mubarak bekas Presiden Mesir tak sempat nak lari ke luar negara akhirnya masuk penjara.Dalam penjara jatuh sakit tapi rakyat Mesir kata Mubarak pura-pura sakit tenat.

Rakyat tak akan lupa apa yang BN buat dengan meratah rakyat dalam demo Bersih 3.0.Rakyat tak akan lupa dengan projek Lynas racun yang boleh bahayakan nyawa rakyat dalam jangka masa panjang.Rakyat tak akan lupa walau sesaat duit NFC RM250 juta lenyap kena telan oleh keluarga Ketua Wanita Umno.Rakyat tak akan lupa dengan apa yang berlaku dalam Felda.Rakyat tak akan lupa walaupun kini orang Melayu disumbat otak mereka dengan isu basi kafir-mengkafir.Buat lah apa pon untuk ubah minda rakyat dengan macam-macam duit pilihanraya jika semuanya sudah tertulis dan terpahat Umno-BN hilang kuasa dalam pru 13 ianya akan tetap terjadi.

Rakyat nak tahu siapa orang yang suruh bunuh Altantuya.Jawapan ini hanya akan diketahui jika parti syaitan yang berkuasa hilang kuasa.
Yang di bawah ni satu benda pun Najib tak jawab

3 ulasan:

  1. Aku ni bukan apa, memang kalah dengan orang yang pujuk rayu ni.. sayu rasa hati. Tapi pru ke 13 ni macam pru 12, berkrja keras untk pr.

    BalasPadam
  2. najib fuck ulah

    BalasPadam