Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad
Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan
kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam sebuah kuliah dikala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.
Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas
perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat
daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa
kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab
Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.
“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni,
simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak
Allah. Bila?
“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun
dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah?
Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya
beliau.
Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang
Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di
sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif
kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan
bermaksud tuhan Islam.
Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negera Arab
dimana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini
menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.
“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.
“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud... Ibrahim...
Sulaiman... Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah
bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam
laman social YouTube Sabtu lalu.
Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung
dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya
berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.
“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu
hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang
ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi
takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak
tau.
“Dak kami tak masuk... Ha... Itu hang punya masalah. Tapi
nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita
itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan,
penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah
diantara sebab mereka digelar Ahli Kitab didalam Al-Quran.
“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia
syirik? Sebab dia kata disamping Allah ‘beside Allah there is another
god’. Disamping Allah ada tuhan yang lain.
“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.
Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu
menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada
menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan
beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.
“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia
suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan.
Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah.
Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya
habis tu mana satu kita nak patuh?
“Banyak uniform kita.. Topi... Ada Allah Muhammad. Non
Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita
kadang-kadang... Habaq betui-betui... Memang buleh dari segi Islam tapi
di Malaysia Keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.
“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata,
macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun
hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis
siap pasang .. Haram masuk... Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi
peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.
Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545
tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari
oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.
Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat
dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus
daripada penduduk 28 juta — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang
Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri
yang merupakan pemimpin tertinggi Islam.
Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais)
pada 8 Januari lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal
dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar
Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible
berbahasa Melayu baru-baru ini.
“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan
menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci
khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri
Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang
telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha
MAIS Datuk Mohd Misri Idris.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian
dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan
kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka
atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah”
bermaksud tuhan kepada orang Islam.
Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu
kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat
atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada
tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.-The Malaysian Insider
Mari tengok imej di bawah klik untuk lebih jelas
PM Najib pulak luluskan kemasukkan Kitab Injil dalam Bahasa Melayu
Noh Gadut bekas mufti Johor takkan nak jatuhkan hukum murtad kepada Menteri Umno Nazri Aziz yang benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di negeri yang tak ada Sultan?
Masih ingat dengan isu tengkolok Tengku Razaliegh yang ditimbulkan Umno kononnya berlambangkan Salib semasa Ku Li dalam parti Semangat 46 yang akhirnya berjaya menipu orang Melayu supaya tidak sokong parti pembangkang dalam pru masa tu.Jika anda masih tertipu dengan mainan dan agenda Umno tunggulah 100 tahun lagi untuk jatuhkan parti syaitan yang dikenali.
ulasan paling bodoh dari maza,org bukan pertikai yahudi dan kristian dah guna kalimah Allah dari dulu, soalnya di malaysia ia nak guna kalimah Allah untuk menghampirkan kristian dgn islam supaya mudah umat islam di murtadkan
BalasPadamjd ngaji la islam bodo..supaya org bodo spt ko x murtad..sbb apa jadi nya murtad..sbb dlm dada xda iman..ckap ulama xnak dgr..ckp sultan yg x ngaji ilmu islam nk dgr..adakh ilmu islam ko lebih tinggi dari dr. maza so bg la alasan ko scr intelek.tdk cuma menafi..menafi..menafi..apa benteng yg mbezakn org islam ngan org kafir..islam kata solat..kalo solat dia sempurna apa nak ditakutkn dgn non muslim gne nama Allah..cuba tgk org yg murtad mcmmana gaya idup depa..sedgkn saudara baru pun ada org pejabt agama perlekeh kata masuk islam cuma nk duit baitulmal je..itu kata nk jga agama?jgn hipokrit la..itu realiti tau x?
BalasPadamTanpa Nama 11:34,
BalasPadam- Tu la orang suroh dengar betul2 apa Dr maza cakap..
Anon 11:34,hang pny ulasan lg bodoh.Hny kalimah ko blh menukar agama.Yg membeza kn org Islam dn org bkn Islam ada lh solat.Klau rukun Islam yg lima pun di abai kn nk cerita apa?
BalasPadamAwaklah yang bodoh. Dr MAZA berhujah berdasarkan realiti tapi kamu hanya berprasangka buruk tanpa bukti....
BalasPadamlembu2 umno ni dia tau bcakap jer tak mau mendengar atau membaca lembu la katakan tau makan je
BalasPadamIni lg satu hujah lemah ustaz... membawa hujah boleh atau tidak kalimah Allah digunakan kristian. Yg kita persoalkan bkn soal boleh atau tidak tapi dari segi kesan dan ancamannya yg bahaya. Oleh itu perkara ni perlu disekat drpd digunakan kristian.... mcm lori besar masuk highway slps jam 12 tgh mlm masa musim perayaan.... knp polis x benarkan sblm kul 12? Sdgkan Lori ada lesen dan hak utk masuk bila2 masa pun..... negara lain benarkan masuk dan dah byk tahun lori negara lain boleh masuk bila2 pun.... tapi polis mslaysia kata bkn soal boleh ke x boleh tapi soalnya lori itu akn mengancam keselamatan dan membahayakan pengguna jlnraya yg lain. Oleh itu tdk dibenarkan.... faham ke tak ni ?
BalasPadam