Setiap kali timbul masalah dalam negara yang libatkan isu agama dan kaum Akta Keselamatan Dalam Negeri menjadi senjata yang ampuh untuk 'selamatkan' kerajaan Umno-Bn dalam menyelesaikan isu yang timbul. Pemimpin Umno-Bn akan memberi amaran kita akan guna ISA terhadap orang yang cetuskan isu agama dan kaumItu saja modal yang Umno-Bn ada untuk selesaikan masalah jalan lain mereka tak reti nak fikir.
Mereka akan kata ISA kena dipertahankan, ISA tak perlu dimansuhkan,ISA jamin keselamatan dan ketenteraman awam.Rakyat pun percaya bulat-bulat apa yang Menteri cakap. Laungan rakyat hanya seperti anjing menyalak bukit terhadap ISA langsung tak ada tindak balas,nak pinda pun hanya setakat cakap saja untuk sedapkan hati rakyat.
Lapor Sinar Harian Online;
Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan perlu menyiasat serangan ke atas gereja bagi membolehkan pihak bersalah didakwa di mahkamah dan bukannya menahan di bawah ISA.
“Kerajaan tidak boleh mengambil jalan mudah dan rakyat tidak harus diugut dengan ISA sedangkan penyiasatan boleh dilakukan, pendakwaan dan pihak yang dituduh ada saluran membela diri.
“Jika kerajaan berkeras menggunakan ISA bagi mengadili pihak yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas gereja menunjukkan kegagalan pihak berkuasa mengemukakan bukti kukuh untuk membicarakan kes itu ke mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan menggunakan ISA selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein memberikan amaran akan berbuat demikian susulan insiden merosakkan gereja, sejak Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ISA tidak akan membantu menyelesaikan masalah.
“Jika niat menggunakan ISA, sebenarnya kerajaan mengulangi kesilapan dengan menzalimi hak asasi manusia yang ditahan tanpa perbicaraan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan