Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah "Allah". Dengan kata lain, larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah tersebut adalah tidak sah.
Seperti yang dijangkakan, Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi, dan lidah UMNO, Utusan Malaysia pula "mengapi-apikan" selepas penghakiman tersebut. Sementara itu, Perdana Menteri Najib Abdul Razak "menyeru" agar umat Islam bertenang, jangan terlalu "menghangatkan" isu ini, seolah-olah juga sandiwara "talam dua muka" yang tidak asing untuk rakyat Malaysia.
Antara masalah yang harus diteliti dalam isu ini adalah fenomena "kuasa yang semakin berkembang" di Kementerian Dalam Negeri. Setelah Timbalannya Musa Hitam meletak jawatan pada tahun 1986, Perdana Menteri Mahathir Mohamad menerajui KDN sendiri. Sejak itu, kuasa KDN semakin berkembang.
Kuasa yang semakin berkembang itu selain disebabkan keadaan di mana "PM merangkap Menteri KDN", punca yang lebih pokok adalah "pemegang jawatan ini bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984". Kedua-dua akta draconian yang dipertikaikan NGO hak asasi manusia ini memperuntukkan kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri dalam membuat keputusan.
Baca lanjut- 1 Negara,1/2 Kerajaan-Merdeka Review
Tiada ulasan:
Catat Ulasan