Jumaat, 8 Januari 2010

Gereja Dibakar

Gambar diatas adalah daripada malaysiakini

Sebuah gereja di pinggir ibu negara dibakar tengah malam tadi ketika pihak berkuasa memberi amaran agar tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan termasuk mengadakan perhimpunan haram di sebalik polemik keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan "Allah".

Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak di sini dibakar, dipercayai oleh beberapa lelaki, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Ia tiada hubungan dengan Gereja Roman Katolik yang mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" pada tahun 2007.

Pihak polis belum mengenal pasti mereka yang melakukan perbuatan itu dan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Beberapa saksi mendakwa mereka ada melihat tiga atau empat orang yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan gereja berkenaan.

"Kemudian mereka memecahkan cermin tingkat bawah bangunan gereja sebelum membaling cecair yang dikatakan mengakibatkan kebakaran di gereja itu," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan gereja.-Baca di sini

Malaysian Insider


Tiada ulasan:

Catat Ulasan