Sabtu, 30 Januari 2010

Tauke pun kena kuli pun kena-Khalid Samad

Kata Khalid Samad dalam blog beliau mengenai hukuman gantung jawatan 6 bulan;

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.Baca di sini

Aku sokong Khalid Samad kerana beliau sudah teruji dengan kebendaan di depan mata,habuan dunia yang diketepikan dan tidak bermewah dalam kehidupan.Buktinya kalau Khalid ikut jejak langkah duduk dalam Umno bersama abangnya yang pernah jadi Menteri sudah tentu hidupnya dah senang lenang malah Khalid juga sudah tentu dapat jadi Menteri,tapi Khalid tolak semua tu demi perjuangan Islam.Demi perjuangan Pas.

Khalid Samad juga pernah merengkok dalam ISA tapi tetap istiqamah dengan perjuangan Pas, Hasan Ali masa tu masih Umno lagi masih buta dengan perjuangan Pas.Harus diingat gerombolan yang cari kesenangan dalam Pas dah mula tonjol muka ,dah mula tunjuk taring,tanduk dah timbul sejengkal.Pemimpin yang macam ini jika terus kekal berkuasa Pas akan lingkup ditelan zaman.Usrah mereka usrah projek,usrah rapat dengan pemimpin Umno,bergelap-gelap dengan Umno walau duduk berasingan bilik, usrah cari makan dengan pemimpin Umno.Semua ni ada pada depa tapi depa ingat kita tak tahu,kita tahu semua tu!

Apa pun keputusan JK Disiplin Pas itu zalim dan mengharu-birukan kepercayaan ahli dan penyokong Pas kepada pemimpin.Kata macam mana pun memang zalim dan tidak adil.Lepas ni akan ada la ustaz-ustaz akan motivasi kepada kita cerita bab Sirah dan sejarah dengan ayat-ayat Quran dan Hadis berkenaan isu Khalid untuk halalkan hukuman ke atas Khalid Samad.

Hasan Ali adalah antara manusia yang diminta Tok Guru Nik Aziz supaya dipecat daripada Pas.Maksudnya jawatannya sebagai PJ Pas Selangor itu 'dicincang-cincang lumat ' daripada terus berkuasa di Selangor, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.Beliau tetap kebal dengan jawatannya.

Ada orang Pas bagi tau kat aku,hukuman ke atas Hasan Ali tu ibarat macam cerita P.Ramlee dalam filem 'Anak Bapa' yang buat Mahkamah dalam rumah. Si bapa (R.Tompel) telah jatuhkan hukuman ke atas anaknya(P.Ramlee) yang di dapati bersalah kerana menipu bapanya. Hukuman ke atas anaknya itu ialah dijatuh hukum supaya menikah!

Baca juga
Berkabung-TBO

2 ulasan:

  1. Tahniah Khalid Samad, tuan merupakan salah seorang pimpinan Pas era moden masa kini.

    EGM patut diadakan dan Haji Hadi, Nasaruddin, Mustafa dan Hasan Ali patut disingkirkan dari Pas kalau mahu sokongan orang Melayu dan bangsa lain yang mahu melihat Pas menjadi pimpinan masa depan

    BalasPadam
  2. Inilah ciri-ciri pemimpin yang kami idam-idamkan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku... Insya-Allah

    BalasPadam