Aku dah cakap Umno mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Cara baik tak berkesan cara jahat Umno guna. Umno dan sekutu-sekutunya tiupkan semangat perkauman Melayu ke jiwa orang-orang Melayu supaya bangun memberontak kononnya agama Islam dah tergadai. Umno tidak tiupkan semangat Islam kalau tiupkan semangat Islam tidak timbul isu rumah ibadat orang bukan Islam kena baling bom dan dibakar. Umno tak mampu tiupkan semangat Islam sebab parti Umno parti Nasionalis yang perjuangkan semangat perkauman yang sempit.
Bila keadaan dah jadi kelam kabut pemimpin Umno suruh rakyat pelbagai agama bertenang, bertenang , pencetus provokasi akan didakwa, mereka akan ditahan di bawah akta zalim ISA.Agak agak kerja siapa bakar Gereja orang Kristian tu?Sekarang bila dah jadi kelam kabut imej siapa yang rosak? Imej Islam yang rosak atau imej Umno?Maruah agama Islam di Malaysia tercemar di seluruh dunia yang dapat malu dan aib ialah umat Islam Malaysia.
Kalau bakar Gereja pun tak mampu alih undi kepada Umno, jangan hairan kalau Masjid pula dibakar selepas ini untuk raih simpati rakyat yang diperbodohkan Umno.Mereka terkinja -kinja sanggup mati untuk bangsa dan agama tapi dalam masa yang sama mereka juga penentang hukum Allah.Mereka menangis-nangis kerana Kalimah Allah direbut agama lain tapi mereka sikit pun tak keluar airmata melihat hukum Islam dihina,diinjak-injak dan diperlekekan oleh pemimpin mereka yang mengaku perjuangkan Islam. Siapa yang menangis bila hukum rejam dan zina dihina ?Siapa yang kata daripada guna batu untuk hukum penzina lebih baik dibuat jalanraya?Ulama-ulama ini berdiam diri kalau pemimpin Umno menghina hukum Islam tapi mereka pandai keluarkan air mata untuk naikkan semangat Melayu supaya membenci orang bukan seagama dengan mereka.
Jadi ulama jangan pilih bulu, kalau pemimpin Umno hina hukum Islam kamu ulama ayuh ke depan tegur mereka tapi kenapa kamu diam? Ini yang dipertikaikan.Bila rumah ibadat bukan Islam sudah dibakar baru ulama cakap Islam agama perdamaian,kita kena toleransi, Islam bukan agama keganasan nampak sangat jadi ulama cari makan.
Baca juga
Mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan-Najib -Bernama
Agong titah semua pihak bertenang,hormati tempat ibadah-Bernama
Bakar Gereja:Pemimpin masyarakat diminta main peranan tenteramkan keadaan-Muhyidin
Tidak teragak-agak guna ISA isu 'Allah'-malaysiakini/bernama
Haram musnahkan rumah ibadat agama lain:Harussani- sinar harian online
Teman nak dengor apa komen sahibusssmasmahah Harussssanie ularmak tersohor negeri Perak DR tentang isu kalimah Allah ni. Ayoh ularmak akhir zaman jangan diam diri.
BalasPadam