Khamis, 7 Januari 2010

Boleh Angkat Ka Dua Orang Enjin Jet Tu...?

Menteri Pertahanan Zahid kata tak perlu tubuh Suruhanjaya Diraja untuk siasat kehilangan enjin jet Pesawat F-5E tu dan harganya pula bukan RM50 juta sebiji. Pulak dah silap kira rupanya hari tu Ketua Audit Negara.


"Tidak perlu suruhanjaya ini kerana saya berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara serta siasatan yang dijalankan setakat ini,"kata Zahid Hamidi-Bernama


Ahmad Zahid juga berkata beliau telah menyerahkan kronologi kehilangan enjin pesawat itu kepada mesyuarat jemaah menteri pada Rabu lepas.

Selain itu, beliau turut menafikan laporan bahawa enjin pesawat yang hilang itu bernilai RM50 juta setiap satu, sebaliknya ia hanya berharga antara RM9 juta hingga RM20 juta.

"Tidak benar maklumat yang dinyatakan bahawa dua enjin pesawat itu bernilai RM50 juta setiap satu sedangkan nilai sebuah pesawat itu kurang daripada AS$8.2 juta (RM27.7 juta) dan saya harap fakta ini dapat diperbetulkan," katanya.

Ahmad Zahid turut meminta semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang polemik baru berkenaan isu kehilangan enjin jet F-5E terutama oleh penulis blog, selain menegaskan tiada pegawai berpangkat atasan yang dilaporkan terlibat dalam perkara itu-Bernama

Berapa juta pun tak pa lah apa nak kira hentam sajalah labu ,bukan ada sapa nak kata apa pun.Rakyat boleh terima saja berapa angka juta yang nak disebut.Yang menghairankan ialah bagaimana dua orang yang didakwa curi enjin jet itu boleh buat kerja tu hanya dua orang saja tanpa babitkan orang lain.

Bagaimana mereka urus keluar dua enjin pesawat itu ke luar negara? Jenis pengangkutan apa yang mereka gunakan jalan laut atau udara?Kalau masuk dalam kontena kargo siapa yang uruskan tu semua tentu babitkan pihak Kastam untuk kenal barang apa yang dibawa keluar.Takkan mereka jadi 'Raja' tanpa lalui proses untuk keluar enjin tu dengan begitu senang tanpa babitkan pihak ketiga?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan