Lapor Sinar Harian Online;
Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.
Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.
“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.
Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya. Baca Di sini
Sementara Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz pula menyatakan dalam laporan harakahdaily;
“Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik.
"Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’.
Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat.
”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya.Baca di sini
Keadaan mungkin menjadi tenang semula setelah KDN berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi menangguhkan penggunaan nama Allah dalam akhbar mingguan Herald penganut agama Kristian;
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.
Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.
Peguam bagi pihak mingguan berkenaan tidak membantah permohonan tersebut atas kepentingan negara.
Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.
"Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan negara," kata Abdul Gani.
Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.
"Kami (Roman Katholik) adalah orang yang cintakan keamanan dan komen (yang tidak baik) adalah tidak wajar," katanya. -Malaysiakini
Kempen Umno Juara Rakyat dah dimulakan dengan isu Kalimah Allah nak menunjukkan Umnolah hero dalam isu tersebut. Umno cipta isu Umno yang padamkannya. Yang termakan umpan termasuk dalam Pas sendiri bercakap seolah-olah jadi jurucakap Umno daripada dalam Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan