Jumaat, 15 Januari 2010

Umno, MIC dan MCA Kota Raja Dituduh Salahguna Wang Dun Sri Andalas Tahun 2008

Gambar barisan pengadu salahlaku oleh BN di dun Sri Andalas oleh Umno ,MIC dan MCA Bahagian Kota Raja pada Januari -Mac 2008 kepada SPRM di Bangunan PKPS Shah Alam.

Di bawah ini adalah surat aduan kepada SPRM ,Shah Alam oleh Presiden Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (SELPROA).

Pengarah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Negeri Selangor

Tingkat 15, Plaza Masalam

Shah Alam, Selangor Tarikh : 15 Januari 2010

SALAHGUNA WANG PERUNTUKAN DUN SERI ANDALAS OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMUDA UMNO, PERGERAKAN WANITA DAN PUTERI UMNO, KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MCA DAN MIC BAHAGIAN KOTA RAJA

________________________________________________

Kami dengan ini membuat laporan resmi terhadap individu-individu bertanda ‘kuning’ dalam senarai peruntukan Adun Sri Andalas (Januari hingga Mac 2008) yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang bertarikh 4 Julai 2008 yang dilampirkan bersama ini.

Pembayaran peruntukan tersebut telah dibuat atas nama individu-individu tersebut sekitar Januari – Mac 2008 bagi tujuan persiapan jentera Barisan Nasional (BN) dalam Piliharaya Mac 2008 yang lalu.

Kami memohon SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap individu-individu tersebut yang kami percaya telah menyalahguna peruntukan Adun seperti berikut :-

Individu Jumlah Wang Diterima

1) Ketua Pemuda UMNO RM20,000

Bahagian Kota Raja

2) Ketua Wanita UMNO RM20,000

Bahagian Kota Raja

3) Ketua Puteri UMNO RM10,000

Bahagian Kota Raja

  1. Ketua / Wakil RM7,000

MCA Bahagian Kota Raja


  1. Ketua / Wakil RM25,000

MIC Bahagian Kota Raja

  1. 16 orang Ketua-Ketua

Cawangan UMNO RM28,800

di Dun Seri Andalas __________

JUMLAH RM110,800

========

Kami ingin menegaskan bahawa individu-individu tersebut telah menyalahgunakan wang peruntukan rakyat dan ini adalah merupakan satu kesalahan dibawah Undang-undang Malaysia.

Kami dengan ini mengesa SPRM segera menjalankan siasatan.




………………..…………………………………………………

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL

Presiden

Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat

Pakatan Rakyat Negeri Selangor (SELPROA)


Baca juga di sini-Adun BN Sri Andalas Seleweng Wang Peruntukkan-Free Malaysia Today

1 ulasan:

  1. Arahan: Jangan buat apa-apa siasatan, mereka kroni.

    BalasPadam