Rabu, 13 Januari 2010

Inilah Jalan Pintas Umno

Setelah lapan gereja rumah ibadat orang Kristian disabotaj dengan dibakar dan dibom inilah hasil risikan dan siasatan yang dibuat ialah KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Kata Utusan Malaysia Online dalam laporannya;

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.


"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, majoriti rakyat sudah cukup matang dan tidak mahu melihat kekecohan atau polemik tetapi ada segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu serangan ke atas lapan buah gereja sejak minggu lalu.-Utusan Malaysia Online .Baca Di sini

Timbul persoalan kenapa Umno cepat menuding jari kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu bakar Gereja ini sedangkan yang timbulkan ketegangan adalah NGO-NGO yang pro Umno, menghangatkan suasana supaya jadi tegang. Orang lain yang bakar orang lain yang kena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan