Umno Selangor telah hantar memorandum kepada Sultan Selangor hari berkaitan isu Kalimah Allah oleh orang bukan Islam . Mereka meminta campurtangan Sultan Selangor untuk membawa isu tersebut ke Majlis Raja-Raja Melayu untuk dibincangkan.
Dulu semasa Umno kuat mereka meminta untuk dihapuskan perkataan Islam kepada Parti Pas tetapi gagal kerana tidak dapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan. Dulu Umno 'takut' dengan perkataan Islam yang ada kepada parti Pas sekarang Umno yang sama jadi berani dan bersemangat nak pertahan kalimah Allah.
Sejak Umno jadi pembangkang di Selangor Umno dah mula kenal erti kebebasan bersuara dah mula tahu ini nikmatnya jadi pembangkang .
Orang yang tak solat ,tak puasa tak tunaikan zakat sekalipun jika dikatakan kepadanya "Hang ni kafir ka apa tak solat." Orang tu pasti akan marah walaupun dia tak tunai kewajipannya kepada Allah.Dia tetap mengaku Islam walaupun dia tak pernah solat .Mungkin semangat ini ada kepada orang Umno walaupun Umno yang sama tolak hukum Islam,tolak hukum hudud tapi mereka main dengan perkataan Allah ni jadi semangat nak pertahan kalimah Allah daripada direbut oleh orang yang bukan Islam.Semangat pertahan kalimah Allah dengan beriman dengan hukum Islam tak sama.
Mereka bangga nak pertahankan kalimah Allah tapi mereka sekupang rabit pun tak berminat nak daulatkan Hukum Islam, sokong hudud,sokong hukum sebat orang minum arak yang ditangguh hingga sekarang tak dilaksanakan mereka hanya berdiam diri, malah pemimpin Wanita Umno sanggup memperlekehkan hukum sebat oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah yang minum arak.Awat hang pa tak pulun supaya disegerakan hukuman tersebut ,kenapa dok diam macam tongkoi kayu?
Apakah semangat nak pertahan kalimah Allah itu sebenarnya semangat perkauman seperti yang disebut Ahli Parlimen Gua Musang Ku Li?Kalimah Allah yang digantung dalam rumah, di gantung dalam kereta tapi dalam masa yang sama kita jadi syirik kepada Allah kerana menentang hukum-hukum Allah bolehkah Allah ampunkan dosa Syirik kita dengan berbekalkan kalimat-kalimat Allah dalam rumah dan yang digantung dalam kereta? Cukupkah bekalan kita dengan hanya berbekalkan kalimah Allah di Padang Mahsyar kelak?
Aku hormati hak kebebasan bersuara kita semua rakyat Malaysia tak kira Umno,Pas ,Pkr dan lain-lain parti dan NGO itu hak masing-masing. Ini pendapat aku saja bukan pendapat orang lain.Aku hormati hak Umno hantar memorandum jika mereka bersumpah dengan nama Allah yang ESA bahawa mereka mati hidup balik pun mahu kepada HUDUD, mahu kepada Syariat Islam dan menggesa pemimpin mereka yang hina dan perlekehkan Hukum Hudud,hukum zina,hukum minum arak ,hukum potong tangan dan sebat supaya bertaubat nasuha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan