Jumaat, 22 Januari 2010

Surau Dibakar: Kerja Siapa?

Ketika isu gereja dibakar dah jadi sejuk dan agak terkawal kita dikejutkan pula dengan siri serangan ke atas rumah ibadat orang Islam iaitu dua buah Surau dibakar di Muar ,Johor.Aku dah kata dah hari tu kita jangan hairan selepas ini masjid dan surau pula akan dibakar nampaknya dah jadi kenyataan. Adakah kerja orang yang sama? Maksudnya orang yang bakar gereja juga adalah orang yang bakar Surau? Siapa yang buat kerja sabotaj ini?Ini yang jadi tanda tanya.

Adakah orang buat khianat ke atas Surau itu daripada puak yang pertahankan gereja mereka dan sebagai nak balas dendam mereka pula bakar surau?Sentimen mengapi-apikan antara agama akan membawa kepada sengketa agama yang boleh cetuskan 'perang kecil-kecilan' yang mungkin boleh jadi lebih besar seperti di Ambon dan Sulawesi jika masing-masing dah tak terkawal.

Lapor Malaysiakini;

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh
yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan