Kata Mahfuz Omar YB Pokok Sena ketika mengulas kempen Umno Juara Rakyat;
“Yang menghairankan saya kenapa mesti Umno Juara Rakyat. Bukankah Umno bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah Umno sedar yang ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN,” ujarnya.
Nampaknya, kata beliau, pemimpin Umno hanya mahu rakyat melihat Umno saja yang juara rakyat dan bukannya BN.
“Atau pemimpin Umno memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana Umno yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat.
“Mungkin inilah jawapannya sehingga Umno terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang Umnolah juara rakyat,” katanya.
Baginya, program yang dilancarkan oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Hulu Selangor itu merupakan usaha Umno yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti itu.
Ini, katanya seperti yang dinyatakan oleh Najib bahawa Umno sudah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan PRU ke-12.
“Saya tak kisah kalau Umno nak ajak rakyat kata dia juara rakyat itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat.
“Persoalannya ialah kalau Umno nak mengaku yang dia juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen Umno Juara Rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri,” ujar Mahfuz lagi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan pengumuman Najib yang memperuntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
“Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan seliaannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri. Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno?” tanya beliau.-Harakahdaily
Sejak Umno ditubuhkan sehingga sekarang itulah modal Umno untuk memesongkan fikiran orang Melayu bahawa Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno.Umno seolah-olah tak tak tahu nak beza yang mana parti dan yang mana Kerajaan. Yang mana duit parti dan yang mana duit Kerajaan.Bagi Umno duit parti dan kerajaan semua Umno yang punya. Ini harta Umno yang punya tu mentaliti yang ditanam dalam minda rakyat yang tidak ada pengetahuan.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.
BalasPadamHarga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Terima kasih.