Jumaat, 8 Januari 2010

Gambar Demontrasi Anti Mesir -Israel










Ibukota Kuala Lumpur petang tadi selepas solat Jumaat meriah dengan tunjuk perasaan di tiga lokasi berbeza.Di Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid Negara ada tunjuk perasaan mempertahankan kalimah Allah sementara tunjuk perasaan anti Mesir dan Israel anjuran Dewan Pemuda Pas bermula di Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Mesir.

Ini gambar-gambar yang aku ambil semasa demontrasi anti Mesir yang enggan buka pintu sempadannya kepada Konvoi Viva Palestina yang menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.Bagaimanapun Mesir sudah membenarkan Konvoi tersebut melepasi pintu sempadannya untuk ke Gaza semalam.Tunjuk perasaan anti Mesir ini berlaku di seluruh dunia sebagai membantah sikap zalim Mesir yang pada mulanya enggan membuka pintu sempadannya kepada konvoi tersebut.

Para penunjuk perasaan yang bermula daripada Masjid Tabung Haji itu berjalan sepanjang sejauh 4km untuk sampai ke Kedutaan Mesir.Laungan 'hidup Islam', 'Allahuakbar', 'Jahanam Israel, 'Jahanam Mesir', 'Jahanam Yahudi' bergema sepanjang jalan sehingga depan kedutaan Mesir.

Ucapan pemimpin Pemuda Pas dimulakan di depan Masjid Tabung Haji dan seterusnya ucapan mengecam Mesir yang bersekongkol dengan Israel diteruskan di depan Kedutaan Mesir.Memorandum bantahan diterima sendiri oleh Duta Mesir ke Malaysia .

Ketua Penerangan Pas Ustaz Idris, Ketua Pemuda Pas Pusat Nasharudin Tantawi, Naib Presiden Pas Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefli Ahmad,Peguam Pas Hanipa Maidin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar, GAMIS dan wakil Pelajar Mesir turut berucap dalam perhimpunan tersebut.

AMK Shamsul Iskandar dalam ucapannya berkata-"jika Umno sekalipun turut bersekongkol dengan Mesir dan Israel kita akan tentang dalam isu Palestine ini. Jika kita berkuasa kita akan robohkan Kedutaan ini(Mesir) jika Mesir terus bersekongkol dengan Israel dalam isu Palestine."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan