Saya kadang-kadang hairan kenapa kita mudah sangat kena tipu dengan puak 'syaitan yang dikenali'.Dah 54 tahun Umno-BN perkosa otak kita tapi masih tak sedar-sedar kata puak tu bukan ada kerja lain hanya perdaya orang Melayu saja kerjanya.Sinar harian online melaporkan Air percuma :711 saman kerajaan negeri Selangor kerana tak dapat air free.
Air percuma 20 meter padu di Selangor diberikan kepada rumah teres dan flat yang ada meter individu bukannya rumah apartment yang guna meter pukal.Rumah apartment yang berpagar dan ada security dikuasai syarikat yang uruskan segala-galanya termasuklah air.
Sebelum rakyat Selangor dapat air free zaman BN perintah pun kos airnya lebih mahal daripada rumah biasa.Dah la kos maintenance tinggi bil airnya juga tinggi.Hanya bil eletrik saja sama dengan rumah biasa.Ini benar bukan bohong.Pihak maintenance beli air daripada Syabas dan mereka nak untung jual pulak kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi.Bila ditanya kenapa harga air tak sama dengan rumah biasa mereka jawab kalau nak murah semua pemilik rumah kena bersetuju tukar kepada meter individu.
Jika ada yang tak setuju tak boleh tukar.Kena juga guna meter pukal.Ini saya alami sendiri dulu.Saya tak tahan dengan kos maintenance dan bil air yang mahal saya jual rumah tu!Pihak pemaju jadi lintah darat hisap darah penduduk rumah apartment berpagar.Untung dengan bil air dan kos maintenance yang tinggi.Kalau lambat bayar bil bulanan maintenance mereka tutup saluran air ke rumah pengguna.Bil maintenance ni pulak kena bayar sampai dunia kiamat.Ni ada dalam perjanjian SNP.
Yang berkuasa ke atas air dalam kawasan apartment bukan pihak kerajaan negeri tapi pihak syarikat yang uruskan aparment.Pihak pemaju semasa nak jual rumah aparment berpagar ni dah siapkan syarikat mana yang akan uruskan rumah apartment bila siap untuk diduduki.Biasanya peringkat permulaan syarikat pemaju yang uruskan bila dah masuk tahun ketiga dan seterusnya pihak pemaju akan sub kan pulak kepada anak syarikatnya yang lain.
Kalau nak air murah tukar kerajaan di Putrajaya.Kalau PR tak tunai janji kita ada pilihan untuk jatuhkan mereka pulak.Kita bukan lembu yang boleh dicucuk hidung.Rakyat adalah raja sebenar dalam negara ini yang tentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan apa kita nak heran!
Ni tidak kita terikut-ikut dengan kelaku bodoh puak 'Syaitan yang dikenali' yang kini semakin ketakutan hilang Putrajaya.Nak melalak dan menjerit pun biarlah nampak cerdik jangan nampak macam lembu bro!Woittt! dulu masa Umno-BN berkuasa satu cawan pon tak ada air free sekarang baru tau betapa nikmatnya dapat air free.Bila semua tak dapat free tak reti-reti pulak nak saman syaitan tu.
Duit BR1M RM500 bukan semua rakyat miskin dapat.Yang dapat kebanyakkannya orang Umno-BN.Malah yang ada gelaran Datuk di Pahang turut dapat RM500.Awat tak saman?
Baca juga;
MB S'langor anggap saman untuk air percuma 'satu ujian'-M'kini
salam,
BalasPadammereka mudah percaya sbb tak siasat dahulu
KLIK transformasi pendidikan mundurkan negara page