Rabu, 5 September 2012

Kenapa Muhyiddin nak jadi PM sebelum PRU 13?

Berita hot yang menimbulkan perbalahan team Najib dan team Muhyiddin .Team Muhyiddin tak mengaku kata ni mereka punya kerja.Ini perkara biasa di Malaysia baling batu sembunyi tangan , berak tengah jalan mampoih tak mengaku.

Poster 'mahu Muhyiddin jadi PM muncul di Johor-Malaysiakini
Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan
bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum-Malaysiakini

Kenapa Muhyiddin nak jadi PM sebelum PRU13?Semua orang tahu bahawa Umno kini berada dalam keadaan yang tak selamat, Najib sedar semua ni.Mungkin ada ahli Umno nak selamatkan Umno bagi signal kepada Najib letaklah jawatan sebelum pru 13 bagi kat Muhyiddin jadi PM supaya Umno tak dapat nasib malang dalam pru 13 akan datang.Najib nak umum tarikh pru 13 pun takut macammana masih boleh jadi PM..hahaha

Ada juga yang kata Muhyiddin nak sangat jadi PM sebelum pru 13 sebab selepas pru 13 pemimpin PR pulak yang akan jadi PM.So Muhyiddin nak cipta sejarah jadi PM paling singkat jangkamasa sebelum pru 13 diadakan.

Najib dah kena main dengan Muhyiddin kerana Muhyiddin dah dapat hidu kelemahan Najib yang amat ketara ketika ini.Sebelum Umno-BN tumbang dalam pru 13 nak la juga merasa jadi PM haha.Semua perkara boleh jadi dan sebarang kemungkinan yang tak dijangka boleh berlaku.

Nama Najib dah naik di mahkamah Perancis dalam isu jual beli kapal selam Scorpene.Najib tak jelaskan secara tepat isu tersebut hanya berdiam diri yang menambahkan spekulasi buruk terhadap diri beliau.Najib kini jadi beg tinju parti lawan yang diasak kiri dan kanan Najib tak mampu nak pertahankan lagi diri beliau.Semua pemimpin Umno nampak Najib amat lemah tak mampu berhadapan dengan segala isu yang ditimbulkan.

Gambar daripada Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Kalau dah bukan UMNO Johor yang buat benda ni, SIAPA pulak? Penafian ini sebenarnya memberi andaian bahawa pihak yg bersaing punya kerja laaa. Sekiranya benar bukan UMNO, tentu dah lama dah si bedebah yg cetak, yang edar benda ni kena tangkap dah. Kan pihak polis efisien?? Tapi hingga kini tak juga kedapatan sebarang tangkapan......Jadi al-faham jaa laaa. Siapa punya angkara....

    BalasPadam