Isnin, 17 September 2012

Sekular atau tidak tumbangkan 'syaitan yang dikenali' dulu!

Semua orang ada pendapat sendiri.Itu hak masing-masing nak cakap apa pun.Apabila Dr Asri bekas mufti Perlis kata Saya lebih suka negara sekular jika..(Malaysiakini) antara lain beliau kata,"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik, sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.

"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.

Dr Asri menegaskan beliau lebih suka negara barat yang tidak menggunakan nama tuhan, daripada negara yang menggunakan nama tuhan sehingga tuhan itu kelihatan zalim.

"(Tuhan) kelihatan macam menghalalkan kesalahan. Sebab itu berhati-hati dalam fatwa-fatwa agama," katanya.

Beliau mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.Baca semua klik tajuk di atas.

Rakyat dah muak dengan cara Umno-BN memerintah negara ini.Samaada sekular atau tidak pru 13 adalah cara terbaik untuk rakyat ajar Umno-BN supaya hilang kuasa.Ini yang penting.Rakyat kena guna peluang pru 13 dengan menghumbankan Umno-BN daripada terus berkuasa di Putrajaya.'Bunuh' kuasa mereka di Putrajaya.Yang lain kita kira kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan