Belum pun reda isu radioaktif kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di
Gebeng, Kuantan, negara sekali lagi bakal menyaksikan bantahan
besar-besaran daripada rakyat — kali ini di kubu kuat Umno dan Barisan
Nasional (BN) di Johor — apabila kumpulan pejuang alam sekitar Himpunan
Hijau mengadakan protes dalam jumlah yang besar bagi membantah
pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di
Pengerang.
Wakil penduduk kampung yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun
melihat demonstrasi berkenaan bukanlah tindakan untuk “menghentam”
kerajaan, sebaliknya sekadar menyuarakan permohonan supaya kerajaan
membantu mereka.
“Bagi saya ia bukan kita menentang kerajaan, kita minta kerajaan bantu,” kata pesara guru besar Kasran Dollah.
“Orang Melayu mulanya setuju, tapi bila harga jatuh kepada RM2.80 mereka jadi tak puas hati.
“Itu harga nak bunuh orang Melayu,” tegasnya yang sudah 30 tahun menetap di Kampung Sungai Kapal.
Beliau, yang kini mengajar tuisyen Matematik di rumahnya, berkata
penduduk kampung tiada masalah untuk bekerjasama sekiranya pampasan yang
diberikan setimpal dengan pengambilan tanah mereka.
“Kalau nak ambil dengan harga baik, kita terima... kalau puas hati kita jual,” katanya lagi.
Dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 peserta, perhimpunan ini bakal
menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila
peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk
mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.
Menggunakan
tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran
badan bukan kerajaan (NGO) Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama
daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada
parti politik Pakatan Rakyat (PR).
Berdasarkan temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider sehari
sebelum perhimpunan tersebut, yang dijadualkan hari ini, Koordinator
NGO Pengerang, Zaaba Abdul Samad berkata, projek yang menelan belanja
RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah dan bakal
menjadi hab simpanan minyak terbesar di Asia Pasifik.
“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang, tapi perairan di Johor.
“Sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan
selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat
dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan
peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil
tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan. Mereka
hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,”
katanya lagi.
Justeru itu, Zaaba menegaskan, isu pokok di Pengerang adalah penduduk
tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping
isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim
dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu.
“Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan
Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi
harga.
“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun
turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi
dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95
hingga RM100 sekaki persegi.”
“Kampung sini (kawasan RAPID) biasanya nelayan, petani, peniaga, ada
juga makan gaji, dan kakitangan swasta,” katanya, merujuk kepada antara
penduduk yang terlibat dalam projek tersebut.
Sementara itu, Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menegaskan,
ekoran pembayaran pampasan yang tidak setimpal, ia telah menimbulkan
kemarahan penduduk, malah beliau turut menjangkakan isu di Pengerang ini
bakal memberikan peluang kepada PR untuk menembusi kubu kuat Umno dan
BN itu.
“Mereka sangat marah.Mungkin, ia akan beri kesan kepada Johor dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, dengan isu ini, penduduk Pengerang yang mempunyai
seramai 35,000 pengundi, dengan kawasan yang 80 peratus majoritinya
didiami komuniti Melayu termasuk peneroka di 10 Felda dan 20 peratus
Cina ini akan turut menyertai demonstrasi tersebut.
“Ada banyak mudaratnya hasil dari projek ini, sisa toksik daripada petrokimia ini mereka mahu buang ke mana?” soalnya.
“Saya harap penduduk kampung akan turut serta demonstrasi ini,” katanya.
Pengerusi
Himpunan Hijau, Wong Teck pula menegaskan, isu di Pengerang ini bukan
lagi masalah setempat, sebaliknya masalah yang mendapat perhatian di
peringkat nasional, malah beliau yang ditemui The Malaysian Insider turut mengakui kehadiran mereka ke Pengerang untuk “mempolitikkan” isu tersebut.
“Ya ... memang kami mahu mempolitikkan isu ini.
“Kalau kerajaan sudah tidak lagi tidak boleh menjaga rakyat, biar
rakyat tentukan pemimpin layak memerintah ... biar rakyat yang memilih
kerajaan,” katanya lagi.
Menurutnya, rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka, untuk memastikan negara ini mempunyai masa depan.
“Tengok bandar ini berapa cantik. Mereka (penduduk) hanya mahu hak mereka diteruskan.
“Himpunan hijau nak pastikan hak rakyat diketengahkan,” tegasnya lagi.-TheMalaysian insider.
Jika pemimpin tidak dengar tuntutan rakyat kita rakyat yang akan mengubah pemimpin.Mereka berkuasa kerana kita angkat mereka jadi pemimpin.Tidak ada pemimpin naik ke atas dengan sendiri.Umno-BN aset mereka untuk terus berkuasa ialah orang Melayu.Orang Melayu kena bangkit tolak Umno.Kalau 20 kampung Melayu lenyap orang Melayu masih terhidu candu Umno, masih sayang kepada Umno apo nak dikato!Tak dapat siapa nak menolong kalau nasi dah jadi bubur.
Sepatutnya Umno-Bn yang menipu Melayu diajar cukup-cukup dalam pru 13.Ini kuasa yang kita ada.Kita tidak ada akta Kanun Tanah Negara tapi kita ada tangan kita yang bisa merubah kuasa mereka tersungkur di Putrajaya.Bangkit Melayu bangkit!
Baca juga;
Penduduk,NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang-Malaysiakini
Protes menentang projek Petronas bernilai RM60 bilion di Pengerang bermula-M'insider
hei melayu kau memang bodoh selama 54 tahun kau makan ikan bilis tapi MP BN UMNO makan di KFC 5 star hotel sharizat family hari hari makan di holiday inn. kau memang bodohlah melayu undilah Bn utk kau mampus sedarlah melayu sayapun melayu juga.
BalasPadam