Sabtu, 28 Mei 2011

Nak pilih calon Umno puji atau calon kaki ketegaq lawan Umno?

Ada media Umno dok kempen kata ada pemimpin Pas ok! ok! yang tak ok kita pun tau sapa.Bagi Umno kalu muka Mat Sabu dan Mahfuz mampoih tak ok sebab depa ni kaki lawan Umno sampai bila-bila pun.

Mahfuz ahli parlimen Pokok Sena yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) telah berjaya tekan kerajaan BN berlembut dengan mengatakan tidak ada lagi polis trafik sembunyi di balik tiang untuk saman pemandu yang memandu melebihi had laju.Senarai hitam pemandu juga ditangguhkan gara-gara desakan Kase.Ini jasa Mahfuz sebagai Naib Presiden Pas.Kalau sapa kata ni nak kempen bagi Mahfuz menang Naib Presiden kata pi la.Orang meniaga minyak angin pasar malam pun kempen kalau tak kempen sapa nak beli.

Tapi adakah peluang Mahfuz untuk menang kali ini cerah?Peluang Mahfuz agak gelap bila Nizar Jamaluddin bekas MB Perak turut bertanding jawatan Naib Presiden.Hanya jika perwakilan yang celik dan buka mata saja akan menangkan Mahfuz.Undi untuk Mahfuz di Perak akan diberikan kepada Ustaz Idris dan Nizar kalau perwakilan pilih atas semangat kenegerian bukan pilih atas dasar lain.

Sallahuddin Ayub dijangka raih undi paling banyak bagi jawatan Naib Presiden kerana 'geng Trengganu', Johor dan lain-lain negeri akan menangkan Sallahuddin.Begitu juga dengan Ustaz Idris dijangka menang kerana bagi Pas kot mana pun golongan ulama mesti ada dalam jawatan Naib Presiden walaupun syarat untuk bertanding jawatan tu bukan kena ada lulusan agama.

Bagaimana dengan Husam Musa Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan yang bertanding Naib Presiden?.Husam jika dibandingkan dengan Nik Amar , Husam lebih dikenali dalam Pas dan PR berbanding Nik Amar yang juga calon Naib Presiden.Nik Amar ibarat pemain bolasepak yang tak pernah jaringkan gol , jika Nik Amar berjaya jaringkan gol barulah Nik Amar lebih hebat daripada Husam!

Perwakilan nak pilih calon yang macam mana?Adakah calon yang kaki lawan Umno, kaki ketegaq dan tegas berdepan Umno atau nak pilih calon yang Umno dok puji?Cuba pikir kenapa Umno dok puji sesetengah pemimpin Pas dan ajak Pas peluk Umno.Sesetengah orang Pas pulak rasa ingat Umno dah betoi-betoi berubah, insaf kata niat Umno ikhlas ajak Pas peluk Umno!
Media Umno dok puji calon yang depa suka, yang Umno ingat boleh main celup-celap dengan Umno, bagi yang jenis nak perabih politik Umno nak tamatkan riwayat Umno mana Umno nak sokong! Umno kalau dok puji tu ada udang balik mee atau ada 'something wrong'.

Bagi jawatan Timbalan Presiden antara Mat Sabu, Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim peluang siapa paling cerah untuk menang?Adakah Mat Sabu kaki demontrasi, kepala demontrasi, bekas tahanan ISA dua kali ini akan berjaya untuk percubaan kedua dinobatkan sebagai Timbalan Presiden Pas?Ada yang kata cukuplah buat Ustaz Nasa jadi Timbalan Presiden Pas dan beliau dicadangkan supaya berundur sebelum bertarung.Lalu dimasukkan bidan terjun Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyedarkan Ustaz Nasa apa kehendak golongan ulama dalam Pas.Golongan ulama juga sedar jika dua penjuru peluang untuk ustaz Nasa menang agak tipis sebab tu Tuan Ibrahim walaupun beliau sendiri kata tak layak untuk pegang jawatan TP Pas diarahkan bertanding untuk menyekat kemaraan Mat Sabu.

Presiden Pas TGHA yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pas berkata "Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan,".Baca di sini.Adakah perwakilan juga berani buat satu lonjakan drastik dengan memilih calon bukan ustaz sebagai TP Pas?

Utusan Malaysia pula hari ni melaporkan Gelora Pemilihan Pas.

2 ulasan:

  1. Calun-calun yang UMNO tak suka itulah yang wajar dipilih oleh perwakilan.Calun-calun puak perpaduang tu tak akan kemana, depa akan akur dan ikut puak perpaduang.Kalau silap jalan,harus akan tidur sebantal dengan UMNO.Itu sebab akhbar UMNO kata ada calun yang OK dan yang tak ok.Kalau perwakilan masih tak faham semua ni,elok jadi perwakilkan Rela aje.

    BalasPadam
  2. Perwakilan perlu jadaikan muktamar ke 58 ini merupakan "muktamar khas" seperti yang disarankan oleh tgna. Biarlah perwakilan menetukan hala tuju pas bukan beberapa kerat pemimpin yang sungguh mesra umno.

    Ini satu "fitnah yang benar", pemuda pas pahang telah "dinasihatkan" oleh kepimpinan pas supaya menarik diri dari protes anti lynas! Ini apa kalau tidak mahu menyusahkan umno? Lunak umnolah!!!

    Perhatikan bagaimana hadi bersalam dengan najib di kuching dulu. Ibu jari tangan najib digenggam erat oleh hadi. Ia tidak berlaku tanpa sebab. Pertama, sudah ada persetujuan dalam gelap dengan najib sebagai meneruskan pertemuan dalam gelap dengan paklah. Kedua, Allah memiliki caraNya sendiri untuk mendedahkan apa yang tersiirat.

    Wallahu'alam

    BalasPadam