Ahad, 15 Mei 2011

Perkasa nak 'Perang Salib'

Dok tak dok isu 'Kristian Agama Rasmi Negara' yang dicetuskan blogger Umno dan Utusan Malaysia semakin hangat dan panas bila Brahim Ali Presiden Perkasa kata nak 'perang Salib' jika Kristian jadi agama rasmi negara.

Saya tak tau sampai tahap mana Perkasa punya berani atau hanya sekadar tambahkan kilo atas isu 'Kristian Agama Rasmi Negara'.Jangan hanya sekadar cakap saja lebih atau berkokok lantang tapi ekor berlumuran taik.Tapi itulah sikap juak-juak Umno kasi panas lepas tu cool, perang salib ke mana Brahim Ali pun tah ke mana.Brahim Ali kena berkokok lantang sebab next election Brahim Ali nak lawan kerusi tang mana pun tak tau dah.

Pembohongan demi pembohongan puak-puak Umno yang bermula dengan isu liwat, video lucah yang dah tak laku kini libatkan pula isu agama untuk menampakkan bahawa Umno bela Islam tapi dalam masa yang sama depa bersekongkol dengan MCA yang setiap ketika semakin berani hina Islam tanpa dikisahkan oleh puak-puak Umno pun.

Ketika Umno dan puak-puaknya sibuk dengan isu agama yang dicetuskan mereka sendiri rakyat jangan lupa dengan isu kenaikan harga barang, isu pembinaan loji sisa buangan bahan nuklear Lynas di Kuantan yang membahayakan nyawa manusia tak kira parti apa pun yang mereka sokong!

Kalau pemandu lori pun boleh faham dengan taktik Umno mahu menipu rakyat dengan isu yang dimainkan mereka takkan rakyat golongan terpelajar tak boleh faham apa tujuan Umno sebenarnya bangkitkan isu berkaitan agama.

Isu agama ni bila dah sampai klimak nanti tengoklah siapa yang akan kena tangkap dan kena ISA.

Ibrahim Ali:'Kalau nak perang Salib boleh'-M'kini

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita
ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan
sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.

Baca juga;
Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan