Umno sambut ulang tahun 'Umno lama' kali ke 65 dengan terus jadikan cerita fitnah dan bohong sebagai senjata untuk Umno terus berkuasa perintah negara ini.Apa ada pada Umno kalau tak bohong dan buat cerita fitnah? Mungkin Umno dah lama mati pucuk tanpa bohong dan fitnah.
Tun Mahathir bekas Presiden Umno telah berjaya kuburkan Umno lama melalui mahkamah pada tahun 1988 dengan mengharamkan parti Umno , yang ada kini bukan lagi Umno lama tapi Umno baru! Wajah Umno baru ini bukan lagi bertunjangkan idea-idea untuk majukan orang Melayu tapi jadikan orang Melayu berotak lucah dan porno dengan cerita-cerita karut Umno yang penuh dengan pembohongan dan fitnah .Mungkin Puteri Umno dan Putera Umno tak tau kata Umno yang ada sekarang beranak pada tahun 1988 bukan pada tahun 1946.
Umno kini digelar juara fitnah bukan lagi juara untuk perjuangan bangunkan anak bangsa Melayu.Amalan projek dan tender untuk kroni hanya kayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni Umno.Melayu kampung dan bandar yang terus menyokong Umno digula-gulakan dengan cerita bohong dan fitnah supaya orang Melayu terus percaya dongeng Umno.Ini semua untuk tenggelamkan kenaikan harga barang, rasuah yang bermaharajalela, salahlaku pemimpin Umno bolot harta rakyat dan skandal pembelian senjata pertahanana negara kapal selam scorpene yang dibicarakan di mahkamah Perancis.
Seperti yang selalu disebut Umno jadikan manusia yang bernama Anwar Ibrahim sebagai musuh nombor satu Umno supaya Umno terus hidup.Bagi Umno jika manusia yang bernama Anwar masih hidup selagi itulah Umno rasa bimbang boleh terus bernyawa perintah negara ini.Umno 'kuyu' (pusing) orang Melayu dengan cerita Anwar tak habis-habis sejak tahun 1998 hingga sekarang.Umno jadikan kisah lucah, seks dan main bontot sebagai santapan rohani orang Melayu.Malu bagi Umno dah tak ada, moral jauh sekali .Memang betoila kata Tun Mahathir Umno parti yang dah busuk hingga ke ususnya.Tun pula terlupa bahawa Umno yang dikatakannya dah busuk tu Umno Baru ciptaannya.
Umno terlupa kata rakyat lawan Umno-Bn bukan kerana Anwar Ibrahim tapi rakyat mahukan perubahan dalam urus sistem pentadbiran negara yang hanya menguntungkan Umno-BN dan kroni saja.Apa ada pada Umno tanpa bohong dan fitnah?Kalau tak bohong dan fitnah dah lama Umno berkubur.Umno ajar subjek seks dan lucah kepada 27 juta rakyat Malaysia sebelum matapelajaran seks diajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.Tq Umno!
Baca juga;
Buku anti Anwar diedar pada ulangtahun Umno-M'kini
Apa tindakan polis kepada Utusan, trio Umno-Harakahdaily
Selepas jadi akhbar porno, Utusan main api pula-Harakahdaily
Ulama Umno :Tak patut aibkan Anwar-M'kini
Kristian-Islam:Blogger 'Big Dog' tidak akan mohon maaf-M'insider
Salam buat tuan.
BalasPadamBiar apa pun catatan tuan maka itu adalah satu pandangan. Tapi sebagai peneraju dan pemerintah tidak semua UMNO buruk.Masalah kroni dan projek ia adalah satu amanah dan ianya boleh berlaku kepada siapa saja yang tak amanah bukan sahaja dalam UMNO malah parti lain pun sama.
Tuan harus terbuka dan menilai jasa yang dibuat oleh kerajaan yang ada dalam berbagai aspek. Kerana titik hitam yang ada pada kain yang putih itu jangan pula dicaci maki dan dibakar kesemuanya. Kerana ianya memerlukan air dan sabun untuk kembali bersih.
Maka terimalah yang putih dan buanglah yang hitam kerana untuk meneguhkan satu-satu kerajaan bukanlah permainan politik enjik-enjik semut. Bahana yang ditanggung bukan kepalang menantinya...WALAHUALAM.