Rakyat dah 'letih dan jadi sakit' dengan kisah video lucah yang jadi berita utama akhbar arus perdana setiapa hari.Kini salah seorang trio datuk T, Eskay nafi kata beliau tuduh Anwar Ibrahim berzina malah beliau persalahkan wartawan yang buat laporan mengenai video lucah yang beliau mengaku jadi dalang sebar video lucah.
Semasa Eskay bersumpah laknat beliau bersumpah dengan berkata "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Eskay nafi bekalkan wanita dalam video seks-M'kini
Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya."Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.
Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".
Persalahkan wartawanJalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.
"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” katanya.Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.
Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.
“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.
Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.Baca semua di sini.
Aku pun ada video hang misai merah. Jangan sembang lebih la.
BalasPadamPetik biar penuh bang. Bila petik out of context nampak lah benda tu salah sebut. Dia nafi tu bersangkutan dengan hal qazaf, yang wartawan tanya kat dia. Wartawan tanya, adakah dia sanggup qazaf kerana tuduhan Anwar melakukan zina. Maka dia jawab, bila masa saya tuduh dia zina, maka tak perlu saya qazaf.
BalasPadamIngat pesanan Quran, bang - jangan ambik sebahagian dan tinggal sebahagian demi menegakkan apa yang kita mahu.