Jumaat, 6 Mei 2011

BN dah guna semua senjata


Senjata apa lagi yang PM Najib mau guna untuk tawan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat?Semua senjata dalam setiap kali pilihanraya BN dah guna.BN peralatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Polis dan sebagainya termasuk semua jentera kerajaan di bawah kerajaan pusat.

Dulu semasa BN kuasai negeri Selangor dengan segala kuasa yang BN ada , BN ingat Selangor tak akan mampu dirampas pihak pembangkang .Malah Khir Toyo selaku ketua Umno Selangor masa tu pernah jalankan kempen pembangkang sifar di Selangor tapi apa yang terjadi sebaliknya , BN hilang Selangor negeri paling maju dalam Malaysia.

Di Selangor sekarang rakyat Selangor dapat nikmati air percuma 20meter padu setiap bulan ..perkara yang tak pernah dilakukan Umno-BN perintah Selangor sejak 50 tahun yang lalu.Sekurang-kurangnya dapat juga rakyat Selangor rasa free walaupun selebihnya kena bayar.Dulu Umno-Bn sapu semua amat berkira dengan rakyat.Kalau rakyat Selangor nak rasa semua kena bayar pangkahlah parti BN!

Maukah rakyat Selangor jadikan Noh Omar sebagai MB Selangor.Layakkah Noh Omar jadi MB Selangor?BN hilang punca pendapatan bila Selangor hilang daripada genggaman, depa bukan sedih Selangor tumbang tapi sedih sebab segala yang disapu kroni selama ni dah hilang.

Berkaitan;
Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno-M'insider
Daftar pemilih SPR diragui-Dr Mariah

1 ulasan:

  1. Senjata yang Najib belum guna ialah bom tangan berkuasa nuklear.

    BalasPadam