Selepas kawasan PAS selesai bermesyuarat semalam, penyandang jawatan tersebut, Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, difahamkan menerima pencalonan kedua terbanyak, dan diikuti oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.
Seorang lagi yang dicalonkan ialah pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Man tetapi beliau telahpun menolak pencalonan tersebut. Sebaliknya beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya.
Dua lagi penyandang jawatan naib presiden ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Setakat ini hanya Mohamad dan Nasharudin yang mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Ibupejabat PAS akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pencalonan untuk pemilihan pucuk pimpinan parti itu, termasuk bagi jawatan naib presiden dan sayap-sayapnya.
Malaysiakini difahamkan Mohamad yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian dan Kuala Kedah, mendapat sokongan padu dari sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah dan Negeri Sembilan.Manakala Nasharudin (kiri) pula dikatakan mendapat sokongan di Kelantan dan Terengganu.-Malaysiakini
Ada orang Pas kata kat saya ,"Walaupun Mat Sabu dapat pencalonan terbanyak belum tentu beliau boleh menang ..kerana yang akan mengundi ialah para perwakilan."Pulak dah...
Ambo doakan semoga Mat Sabu menang....selama aku dok kat jajahan bachok sukar nak tengok muka ahli parlimen bachok....
BalasPadamPerwakilan pas tu yg ramai2 tu kayu ke orang?
BalasPadam