Rabu, 4 Mei 2011

Mufti Perlis buta politik Umno


Utusan Malaysia online hari ini melaporkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dilaporkan sebagai berkata pihak-pihak yang halang kerjasama Pas-Umno sebagai pengkhianat Islam.Mungkin Utusan tokok tambah nak bagi sedap supaya Pas-Umno dapat dok semeja kononnya nak runding untuk bersatu demi perpaduan Melayu.Pergi mamposla Umno!

Bertan-tan dosa Umno kepada orang Melayu dan Pas takkan Mufti Perlis tak tahu.Dah 20 tahun Pas perintah Kelantan apa Umno telah buat kepada kerajaan negeri Kelantan takkan nak selak semua baru Mufti Perlis faham dosa Umno terhadap orang Melayu yang menentang Umno.Nak dapat royalti minyak kena minta sedekah di mahkamah, menyekat bantuan kerajaan persekutuan kepada Kelantan sampai makan tahun.

Umno adalah parti yang bunuh ulama di Memali pada tahun 1985.Ni semua orang Melayu yang ada otak akan ingat sampai bila-bila.Bila dah bunuh dituduh sebagai pengganas untuk halalkan apa yang Umno buat kepada Pas.

Umno juga berdosa kepada orang Melayu apabila mereka tibai saham bumiputera Rm50 bilion yang lesap tah ke mana.Hanya yang tolol dan bangang saja buat buat tak tahu ke mana hilangnya saham untuk Melayu dan bumiputera.Ni baru betoi pengkhianat Melayu dan Islam.Boleh buat kawan ka parti macam Umno?

Sewaktu Umno kuat dan gagah tak pernah dengar Umno pelawa Pas masuk BN yang ada Umno terus menekan orang yang sokong Pas termasuk Cikgu sekolah ditukar ke hutan Sarawak dan Sabah.Hanya yang rasa apa yang Umno buat kepada Pas saja faham perangai Umno.

Biarlah Pas kalah asalkan jangan sesekali jadi bodoh masuk perangkap Umno yang tak pernah letih untuk menipu Pas.

Umno adalah parti yang jadi penentang hukum hudud di Kelantan bila Pas berkuasa di Kelantan sejak tahun 1990 lagi.Umno sanggup istihar darurat jika Pas laksana hudud di Kelantan.Malah pemimpin Umno jadikan hukum hudud di Kelantan sebagai bahan lawak dan perli dengan mengatakan hukum hudud di Kelantan bukan berdasarkan Al-Quran tapi hukum 'hudud Pas'.

Umno sanggup sekat bantuan kepada sekolah agama rakyat dan menganggap sekolah agama rakyat melahirkan generasi yang anti kerajaan.Yang belajar dan mengaji kat sekolah agama rakyat semua orang Melayu dan Islam tapi disebabkan Umno benci dengan golongan agama lalu digelar dengan macam-macam gelaran radikal.

Kalau budak berhingus pun boleh faham dengan tipudaya politik Umno takkan Mufti Perlis tak boleh baca apa tujuan politik Umno ajak Pas bersama Umno?Takkan budak berhingus lagi cerdik daripada Mufti Perlis dalam percaturan dan membaca politik Umno.

Kenapa orang yang bersumpah laknat pun orang tak percaya ?Tambah la kalau Umno dok pujuk Pas tinggalkan PR lagi orang tak percaya.Lagi pujuk lagi tak percaya.Mohong sekali dua boleh la tapi kalau banyak kali mampoih orang tak percaya dah ngan Umno.Takkan dah kena patuk ular dalam lubang dok gatai-gatai lagi nak sua tangan masuk dalam lubang yang sama.Sapa tak kena dia tak taw ...sapa yang dah kena dia tau rasa macam mana pakat dengan Umno.

Janganlah jadi buta perut dan buta hati kata kalau tak pakat dengan Umno dianggap sebagai puak Khawarij...Hamas tak mau berpakat dengan puak PLO Fatah adakah Hamas dianggap sebagai puak Khawarij?

Baca juga;
Ahmad Fadhil:Kenyataan Dr Juanda 'separuh masak'-M'kini
Dr Juanda jangan gopoh-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan