Sabtu, 14 Mei 2011
Nakbah Palestine: 15 Mei terbentuknya negara haram Yahudi
Di Malaysia ada sambutan Hari Guru setiap tahun pada 16 hb Mei sempena mengingati jasa guru dan pendidik yang mencelikkan anak bangsa daripada buta huruf sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing.Terimaksih Cikgu!
Di seluruh dunia pula terutama umat Islam yang perihatin akan sentiasa ingat pada tanggal 15 hb Mei 1948 terbentuknya negara haram Yahudi di bumi Palestine yang terletaknya Masijid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam.Kini Yahudi yang bertapak di bumi Palestine menyembelih dan membunuh umat Islam Palestine tanpa rasa belas kasihan setiap saat dan detik dan mengusir umat Islam Palestine ke Jordan, Lubnan dan Syria sebagai pelarian.
Amat malang lagi bila kerajaan Umno-Bn jadikan talibarut Yahudi Apco Worldwide sebagai penasihat mereka dengan bayaran RM70 juta setahun!
Nakbah Palestine
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.Baca semua di sini.
Ada komen-komen dalam blog ini telah hilang apabila blogger.com dibaik pulih harap maklum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan