Rabu, 18 Mei 2011

Muka mana layak jadi TP Pas?

Presiden Pas telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas dalam pemilihan jawatan tertinggi parti itu bulan Jun akan datang.Walaupun ada orang kata TGHA jadi liabiliti kepada Pas TGHA tetap menang jawatan Presiden Pas.Masalah orang nak kata tu hak depa la...masing-masing ada fikiran sendiri nak nilai baik buruk seorang pemimpin.Tak dak muka dalam Pas yang berani cabar jawatan Presiden.Mungkin kalah angin atau tunggu TGHA sendiri kata beliau dah nak bersara daripada jawatan Presiden Pas.

Sekarang ni tumpuan diberikan kepada jawatan Timbalan Presiden Pas yang sudah tentu ada pertandingan.Seramai 6 orang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas terdiri daripada penyandang jawatan tersebut Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu, Husam Musa, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,MB Kedah Ustaz Azizan Razak dan Sallahuddin Ayub.

Siapa di antara mereka layak pegang jawatan tersebut? Siapa yang akan dipilih oleh para perwakilan seramai 1100 orang daripada seluruh Malaysia bagi jawatan TP Pas?Antara 6 orang yang layak bertanding jawatan TP Pas mungkin hanya akan tinggal dua atau tiga orang saja yang akan bertanding,yang lain akan menarik diri.

Mat Sabu dan Nasa dah confirm akan bertanding jawatan TP Pas.Apakah perwakilan Pas mahu TGHA terus dianggap jadi liabiliti kepada Pas jika TP Pas terus dipegang orang yang sama?TP Pas kerjanya bantu Presiden supaya tak dianggap mandom bukan sama-sama jadi mandom.

2 ulasan:

  1. Tolak Nasharudin dan yang lainnya memang layak...

    BalasPadam
  2. Andainya tiada perubahan ataupun apa yang digelarkan "penyegaran" dalam parti, maka tunggulah saatnya..cukup2lah..

    BalasPadam