Sabtu, 7 Mei 2011

Kematian Osama: Demontrasi besar-besaran jika Amerika tak mohon maaf


Amerika didesak mohon maaf bunuh Osama-Haralahdaily

Solidariti Ummah terdiri daripada wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) memberi tempoh seminggu kepada Amerika Syarikat (AS) untuk meminta maaf secara terbuka kaepada seluruh umat Islam di atas pembunuhan kejam Osama bin Laden.

Sekiranya permohonan maaf itu gagal dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, gabungan itu akan mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan AS itu.

Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura), Azmi Abdul Hamid selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan AS, dekat sini hari ini.

"Media sudah menyaksikan memorandum itu diterima wakil AS, jadi kami beri tempoh seminggu kepada Barack Obama untuk minta maaf secacara terbuka kepada umat Islam.

"Jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan ini," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Kedutaan AS dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis beruniform.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan AS, Greg Chapman itu antaranya mengecam tindakan tentera AS membunuh Osama bersama isterinya dengan kejam, di hadapan anak-anak mereka.

Selain itu, memorandum yang diwakili 21 NGO itu turut membantah tindakan Presiden AS, Barack Obama mengarahkan tenteranya menceroboh Pakistan bagi memburu 'pengganas' yang dianggap musuh ketat AS.

Mereka mendesak tentera AS agar segera keluar dari Pakistan dan berhenti menyeksa rakyat Pakistan.

Azmi yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama akan menjadikan dunia lebih aman.

"Perdana Menteri kita sendiri menerima secara positif kematian Osama.Kami membantah keras dan sebab itu bantahan di kedutaan AS ini juga sebagai tanda kami membantah kenyataan Perdana Menetri itu," katanya.

Sementara itu, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi yang turut serta dalam penyerahan memorandum itu turut membantah keras pembunuhan Osama dalam keadaan tidak bersenjata.

Muslimat katanya, tidak dapat menerima kekejaman tersebut apatah lagi pembunuhan itu dilakukan di hadapan anak-anak Osama.

"Bagaimana Amerika Syarikat yang mendakwa mereka memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kanak-kanak sanggup bertindak kejam begitu?

"Kami mendesak AS membebaskan ahli keluarga Osama kerana mereka bukan musuh AS," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan