Kata MP Shah Alam Khalid Samad dalam isu pemecatan MP Zulkifli Noordin daripada PKR;
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PKR yang mempunyai keberanian dan ketegasan untuk mengambil tindakan terhadap Zul Nordin. Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa MP yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!
Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap PR. Sekiranya mereka mementingkan diri mereka semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting di mana PR di letak di bahu dan bukan di kepala, sudah pasti mereka akan mempertahankan Zul Nordin. Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR? Seperti yang selalu disebut, “politics is as numbers game, the more seats you have, the stronger you are!” (Politik merupakan persoalan angka, lebih banyak kerusi maka akan lebih kuat kamu). Namun ketegasan mereka ini menyebabkan semua para penyokong PR merasa lega dan selesa. Termasuk juga ahli PAS yang kelihatan turut bersorak semasa persoalan ini disebut. Demi menjaga PR, PKR sanggup memecat beliau walaupun akan kekurangan bilangan kerusi, iaitu satu tindakan yang ‘melemahkan diri’ dari sudut angka. Tindakan ini juga secara zahirnya bercanggah dengan kepentingan parti sendiri.Baca lanjut di khalidsamad.com
Berkaitan;
Petugas PR kecewa sikap Zulkifli Noordin-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan