Ha hari ni Tok Guru Murshidul Am Pas kata mana-mana MP Pakatan Rakyat yang melompat keluar jadi bebas bukan takat ada 'udang balik batu tapi' macam 'buaya di balik batu'.
Lapor Malaysiakini;
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai "buaya di sebalik batu".
"Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," katanya.
"Usulkan sahaja sidang tergempar, ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati.
"Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumahtangga parti?" soalnya yang kini sedang mendapatkan rawatan kerana sakit dada di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu sejak kelmarin.
"Bertanding atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri," sindirnya.
"Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu.
"Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat," katanya.-Malaysiakini
Baca juga
Zaid:Najib 'kemaruk' majoriti dua pertiga-malaysiakini
Ustaz Nik Aziz .....utamakan perpaduan Melayu dan Islam.....timbangkan utk duduk berbincang bersama UMNO.....mengapa mesti memilih utk bersama DAP dan PKR.......janganlah menjadi punca kepada pepecahan,,,dan janganlah menjadi penghalang untuk ke arah perpaduan,,,,,,,
BalasPadam