Khamis, 4 Mac 2010

Altantuya: Jual Karpet Kaya Raya

Hazayani Zakaria

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan dibuat ke atas syarikat penjualan karpet , Carpet Raya Sdn Bhd.

Ini kerana, keuntungan dan transaksi akaun syarikat berkenaan sangat meragukan jika merujuk kepada pendaftarannya yang hanya menjalankan perniagaan karpet.

Menurut Badrul, siasatan itu penting kerana salah seorang daripada lima pengarah berdaftar syarikat berkenaan ialah Deepak Jaikisnan,individu yang dikenal pasti disebut oleh penyiasat persendirian, Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menyatakan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam sebelum ini meyebut Deepak sebagai individu yang membuat bayaran bagi pihak Najib dan Rosmah kepadanya untuk beliau menghilangkan diri. Sebelum pembayaran itu dibuat, Balasubramaniam telah dibawa bertemu adik dan adik ipar Najib.

Menurut Badrul lagi, maklumat yang diperoleh daripada satu sumber mendapati akaun terakhir syarikat menunjukkan syarikat ini memiliki aset hampir RM90 juta, 67 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Pada tahun 2005, pendapatan syarikat ialah RM122 juta dan keuntungan RM7 juta tetapi nilai sebenar dijangka lebih daripada itu.

Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis dang Wangi pada jam 2.35 petang tadi.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan