Akhbar Parti Keadilan Rakyat yang diterbitkan secara tidak berkala muncul di pasaran dengan judul Media Keadilan minggu ini dengan tajuk utama 'Negeri Pakatan Tak Ikut PRU 13?'.(klik gambar untuk besarkan).
Suara PKR ini muncul dua minggu lepas dengan judul Warta Keadilan dengan 32 mukasurat sama seperti Suara Keadilan yang tak disambung permit penerbitan oleh KDN dengan harga RM2 di Semenanjung RM3 di Sabah/Sarawak.
Akhbar Media Keadilan ini diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat sendiri tanpa menggunakan nama syarikat penerbitan tertentu.Dapatkannya di pasaran kepada yang 'ketagih' Suara Keadilan yang tak disambung permit.
tahniah kpd Parti Keadilan Rakyat dgn lahirnya media yg dpt mnyalurkan berita2 telus kpd rakyat bkenaan ptadbiran Pakatan Rakyat...bertambah lg satu media penyebaran maklumat slain drpd Harakah dll...
BalasPadam