Peristiwa pembunuhan kejam di Memali 19 Nov 1985 yang melibatkan ahli-ahli Pas oleh kerajaan Umno-Bn terus diingati dan tetap terpahat dalam sejarah hingga hari ini. Ketika itu saya sedang mengambil peperiksaan SPM pada hari kejadian yang berdarah itu.
Kerajaan Umno-Bn pada masa itu diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ialah
Tun Musa Hitam. Semasa pembunuhan ke atas Ustaz Ibrahim Mahmud yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya dan anak muridnya seramai 13 orang yang ditembak mati Tun Mahathir berada di China.
Sejarah kejam pembunuhan ini wajib diingat oleh anak-anak muda dan ahli -ahli baru parti Pas sebagai lambang betapa kejamnya kerajaan Umno-Bn yang sanggup bunuh
orang yang sebangsa dan seagama demi untuk terus berkuasa.
Untuk menghalalkan pembunuhan ini kerajaan Umno-Bn menuduh kumpulan ahli Pas yang diketuai almarhum ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya di Memali sebagai terlibat dengan ajaran sesat dan mahu menahan mereka di bawah ISA, akta zalim yang menahan orang tanpa bicara yang ditolak masyarakat dunia.Mereka juga dituduh sebagai penderhaka kepada negara semata-mata untuk halalkan pembunuhan tersebut.
Selepas peristiwa berdarah ini Kementerian Penerangan melalui RTM telah buat lakonan semula peristiwa pembunuhan di Memali yang penuh dengan pembohongan untuk mengiakan dan menghalalkan tindakan membunuh ahli Pas supaya rakyat yang pada masa itu tidak ada media baru seperti sekarang percaya bulat-bulat adegan lakonan semula oleh RTM.
Kini sudah genap 25 tahun kes pembunuhan di Memali berlaku. Tangan-tangan kotor pemimpin Umno yang bertanggungjawab dalam kes Memali masih ada yang hidup dan mereka tidak pernah lahirkan rasa untuk minta maaf ke atas keluarga mangsa yang terlibat jauh sekali untuk mengaku tersilap dalam operasi berdarah di Memali.Mereka tidak merasa apa-apa pun untuk bertanggungjawab malah menuding jari antara mereka salahkan antara satu sama lain.
Masih teringat kata-kata Almarhum Ibrahim Libya dalam ceramahnya yang lantang melawan ISA, " Daripada hidup menjadi bangkai lebih baik mati bergalangkan tanah!"
Sedikit info mengenai fakta kes pembunuhan Memali;
Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada.
Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut. Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.Baca di sini .
Berkaitan;
Presiden Pas rasmi 25 tahun Memperingati Memali -Harakahdaily
Pas anjur majlis 25 tahun Memali-Malaysiakini
Pas tidak perlu ceramah jika media adil-Harakahdaily
INI JUGA BUKTI KEBODOHAN DAN KESOMBONGAN MEMALI hamPAS YANG MENURUT perintah memBABI BUTA. KONON NYA KEBAL DARI PELURU YANG NYAYAKAN ORANG KAMPONG MEMALI. MEMANG hamPAS BERDOSA BESAR TURUT MEMBUNUH MEREKA DAN CLAIM SAHID LAK. SAJA NAK BUAT COVER LINE KONON TANGGUNGLAH LAH KAU hamPAS DOSA DOSA ANAK CUCU ORANG KAMPONG NI.
BalasPadam" Daripada hidup menjadi bangkai DAP dan PKR(Dajjal) lebih baik mati bergalangkan tanah!"
BalasPadamMCA hina Islam telor engkorang pi mana? Bacul dan dayus. Cakap jer lebih ekor berlumur taik!
BalasPadamChua Soi Lek hina hari raya Aidil Adha di Kelantan , Chua bukan Dap woi tapi MCA rakan kongsi Umno yang hidup di celah kangkang korporat MCA.
BalasPadamUmno bangkai bernyawa takut kepada MCA yang semakin berani hina Islam..anon2 di atas awat diam?
BalasPadam" Daripada hidup menjadi bangkai DAP dan PKR(Dajjal) lebih baik mati bergalangkan tanah!"
BalasPadam