Sabtu, 16 Oktober 2010

Pengarah Jais yang patut ditukar bukan AJK Masjid


Dalam laporan Harakahdaily Jais beri amaran tukar AJK Masjid, Surau melaporkan;

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya.

Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali serta pemimpin masyarakat di Selangor.

Semua nazir dan jawatankuasa masjid dilantik secara demokratik di Selangor mulai tahun lepas apabila perlantikan mereka dipilih dalam mesyuarat oleh penduduk kariah berkenaan secara undi.

Mereka yang terpilih akan dilantik oleh Mais mengikut kuasa yang ada padanya.

Pendekatan ini diambil sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Berikutan pendekatan itu, hampir semua masjid dan surau di Selangor sangat aktif dan penuh aktiviti di samping ia sentiasa dipenuhi oleh orang ramai sama ada untuk solat atau aktiviti kemasyarakatan yang lain.-Harakahdaily.

Sepatutnya pengarah Jais itu yang ditukar serta merta bukan AJK Masjid kerana berat sebelah dan timbulkan haru biru di Selangor. Kalau pemimpin Umno berpolitik dalam masjid, pemimpin bukan Islam daripada BN boleh masuk dalam masjid siap bagi 'frame' kalimah Allah itu tak mengapa yang jadi riuh rendah kalau bukan Islam tapi tidak menyokong Umno-BN masuk masjid itu yang dipetikaikannya.Tengok di sini.

Apa kata Jawatan Pengarah Jais turut diundi macam jawatan AJK Masjid. Mau terpelanting Khusrin ke dalam longkang. AJK Masjid yang dapat elaun hanya Nazir, Imam, siak dan bilal yang lain-lain AJK Masjid tak dapat apa hanya imarahkan masjid dengan program ilmu agama untuk masyarakat setempat. Gaji dan elaun Khusrin berapa ribu setiap bulan. Cis! cakap macam bagus sangat nak buang orang itu orang ini depan Sultan pulak tu. Ampu saja lebih!

Kerajaan Selangor mesti cari jalan pecat Pengarah Jais serta merta . Cari yang lebih bagus , yang tidak memihak dan tidak jadi alat dan barua Umno .

1 ulasan:

  1. salam...
    politik dan islam tidak blh dipisahkan..ianya selari dengan ajaran islam...kalo masa penceramah tgh bceramah ttg hukum hudud..xkanle mereka xnak sebutkan dgn jelas hukum tersebut...nabi mnyebut sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..wallahua'lam

    BalasPadam