Selasa, 5 Oktober 2010

Umno layan Ku Li macam kukur kelapa

Umno menjadikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan apabila perlu dan diperosok di ceruk dapur apabila tidak perlu.

"Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara.

"Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus diperosok di ceruk-ceruk dapur," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu.

"Apa yang mesti disedari oleh rakyat terutama para pengundi di Galas ialah keghairahan melampau-lampau Umno untuk menghina Tengku Razaleigh.

"Para pemimpin Umno kini seolah-olah berlumba-lumba untuk menghina bekas Menteri Kewangan itu," kata beliau sambil mengingatkan rakyat bahawa mereka juga tidak akan terlepas dari penghinaan seburuk itu dari Umno.

Mahfuz berkata, jika hari ini para pemimpin Umno berebut-rebut menghina bekas Naib Presiden parti mereka, suatu hari nanti mereka akan berebut-rebut menghina rakyat pula.

"Hari ini mereka membalas dendam terhadap Tengku Razaleigh apabila cuba memaksa beliau bertanding di Galas tanpa mempedulikan kedudukan bekas Naib Presiden Umno itu, selepas ini para pemimpin Umno akan membalas dendam kepada rakyat," katanya.

Para pemimpin Umno berdendam kepada Tengku Razaleigh kerana tidak mahu menjadi pak turut mereka termasuk dalam isu royalti minyak kepada negeri-negeri termasuk Kelantan, kata beliau.

"Sama seperti mereka berdendam kepada Tengku Razaleigh, Umno juga berdendam kepada rakyat kerana memalukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya dalam pilihan raya umum 2008 lalu," katanya.

Mahfuz walau bagaimanapun yakin tidak mudah bagi para pemimpin Umno menganiaya Tengku Razaleigh yang sudah begitu matang dan mahir dengan sepak terajang mereka.-Harakahdaily.

Zaman sekarang jarang kita tengok orang guna kukur nyoq kata orang Utara untuk kukur kelapa , orang kampung pun pi beli kat pasar nyoq yang dah dimesin tak kukur sendiri dah buat lenguh tangan ja. Depa simpan kukur kot ada pertandingan kukur kelapa baru pakat-pakat bawa keluar pi bertanding dalam sukan rakyat.Kalau menang boleh juga duit habuan pekena teh tarik. Sapa tak pernak tengok kukur boleh tengok gambar di atas. Orang muda sekarang mungkin tak kenal pun apa dia kukur kelapa burung terkukur mungkin depa kenal!

Baca juga;
PMR:Nik Aziz ucap selamat berjaya
-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. salam...
    besalah manusia...org lama depa bt xreti jek..tpi org lamalah yg banyak pengalaman..tanpa yg lama xdelah yg baru...wallahua'lam

    BalasPadam