Selasa, 19 Oktober 2010

'Tumbukan Kung Fu' apa yang Ku Nan ada untuk pru 13?

Kata Setiausaha Agung Umno beliau ada 'tumbukan khas' yang bakal mengejutkan PR pada pru 13 akan datang. Tumbukan yang Ku Nan cakap tu bukan 'tumbukan kung fu China Selatan atau Utara macam dalam filem Kung Fu tapi tumbukan Umno-Bn pada pru akan datang sudah tentu macam-macam cara demi untuk Umno-BN terus berkuasa.

Pada pru ke 11 dalam tahun 2004 BN menang besar yang menyaksikan di Selangor waktu mengundi ditambah masa dua jam hingga pukul 7 petang. BN berjaya rampas semula Terengganu daripada tangan Pas dan Kelantan Pas hanya berbeza beberapa kerusi saja dalam dun Kelantan untuk terus berkuasa.

Ketika PR memacu kaki dan pasang angan-angan untuk tawan Putrajaya Umno-Bn sudah sedar jika mereka tak bekerja keras mengekang kemaraan PR Umno-BN akan tersungkur rebah jadi pembangkang di peringkat pusat. Ini yang sangat-sangat diharapkan berlaku supaya rakyat dapat merasa perubahan yang dijanjikan PR perintah negara. Biarlah Umno-Bn menjanjikan seribu harapan kepada rakyat jika rakyat sudah muak kepada Umno-BN tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Ku Nan boleh bagi seribu macam tumbukan rahsia untuk menang besar tapi Umno kena ingat Umno sudah tua untuk perintah negara ini. Harimau yang tua nampak garang tapi hanya mampu mengaum kuat untuk takutkan musuh dihadapannya.

Tumbukan Umno-Bn yang bukan rahsia ialah senjata duit dan rasuah. Yang ni semua rakyat tahu.Tumbukan inilah yang menyebabkan Perak yang dikuasai PR tumbang ke tangan BN walaupun PR menang di Perak dalam pru 12 yang lalu.

Kata Ku Nan ;

“Tunggu dan lihat, akan ada tumbukan,” jawab beliau berhubung soalan mengenai persiapan BN menghadapi saingan PR berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pada 8 Mac 2008, BN tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan penguasaan lima kerajaan negeri diambil alih oleh PR.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, parti-parti pembangkang tidak tahu apa yang “kami lakukan.”

“Lebih baik kami mendiamkan diri,” katanya.

“Ada pihak yang mempersoalkan saya ini berbeza dariapda Tok Mat (Tan Sri Mohamed Rahmat) (kini Tun) Tan Sri Khalid Yaakob... saya memberitahu Tan Sri Khalid adalah Menteri Penerangan, Tok Mat pun Menteri Penerangan, mereka juga boleh bercakap mengenai kementerian. Apa kementerian yang saya ada? Saya sifar kementerian.

“Dan, lebih baik saya mendiamkan diri untuk merancang (kerja), saya tidak memberitahu, kalau saya beritahu pembangkang akan berwaspada, mengapa harus saya beritahu mereka, mengapa saya benarkan mereka (mengetahui apa yang kami lakukan).

“Saya mahu memerangkap mereka. Tunggu dan lihatlah, akan ada tumbukan,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.-THM Tunggu tumbukan BN di PRU 13 , Ku Nan beri Pakatan amaran.

Tambah sikit lagi PR pulak jangan syok sendiri nak tawan Putrajaya kalau kerja-kerja ke arah menjatuhkan Umno-Bn jadi kerja bertumbuk dan baling kerusi sesama sendiri dalam merebut jawatan dalam parti.

1 ulasan:

  1. Salam...
    untuk mngekang UMNO dari terus berkuasa..pemimpin PR perlu bersatu padu dan bekerja keras memperjuangkan hak rakyat, keadilan untuk rakyat dan kprihatinan untuk rakyat...wallahua'lam

    BalasPadam