Ahad, 10 Oktober 2010

MCA ganti Umno takut-takutkan bukan Islam terhadap Pas

Presiden MCA Chua Soi Lek 'aktor' yang pernah terlibat dengan skandal seksnya memberi amaran kepada kaum Cina supaya berhati-hati dengan parti Pas jika PR menang Pas lah yang akan jadi kapten dan akan gunakan kesempatan tersebut untuk laksanakan dasar perjuangan Pas yang berteraskan Islam.

Kalau dulu kerja menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap Pas dilakukan oleh Umno dengan mengatakan jangan sokong Pas 'lancau' kena potong, tangan kena potong kini kerja-kerja buruk-burukkan Pas , takutkan orang Cina dengan Pas ialah MCA.Kata Chua Soi Lek dalam laporan The Malaysian Insider Hanya Pas berkuasa jika Pakatan tawan Putrajaya , BN beri Cina amaran;

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.

Dr Chua mendakwa sejak pilihan raya umum 2008, DAP dari PR, yang kelihatan seolah-olah sekedudukan dengan MCA, hanya berjaya dalam membawa sokongan Cina kepada PAS.

“Kami (BN) tidak mendakwa kami adalah kerajaan yang sempurna, tetapi (kami) berharap rakyat Malaysia akan menghalusi dengan mendalam jika mereka meraskaan Pakatan adalah pilihan yang baik,” katanya lagi.

Baca juga gelagat orang Cina terhadap Chua Soi Lek yang masih dihantui perasaan malu berketuakan seorang Presiden yang dilanda skandal seks -Wanita MCA masih dilema isu skandal Presiden.

1 ulasan:

  1. Dulu lu kata kalau sokong Pas lancau kena potong, sikalang baru wa tau, kalau lancau potong lagi syiok woo

    BalasPadam