Khamis, 7 Oktober 2010

'Besi buruk' dan 'barang terpakai' naik harga bila ada pilihanraya

Semalam dok tengok kelaku bekas ahli-ahli PKR yang keluar parti yang kini jadi penjilat parti Umno seperti Hanafiah Man bekas Ketua Penerangan Keadilan dan Zahid Mat arip bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan dalam Hujah tv9. Tak ada apa yang dibincangkan cuma mengutuk parti yang pernah mereka menjadi ahli .

Pengerusinya pulak Aziz Desa yang kembali muncul setelah lama hilangkan diri gantikan Pro Dr Muhammad Agus Yusuf orang yang lebih berkredibiliti dan profesional yang sudah ditendang keluar daripada rancangan 'hujah' tv9. Macam sembang dalam kedai kopi saja sebab semua pakat puji Umno .

Musim pilihanraya barang terpakai laku untuk dipertontonkan kepada rakyat dalam media yang dikuasai Umno-Bn. Mereka dikutip untuk bodohkan diri sendiri , maki hamun bekas parti mereka dan rakyat tidak sebodoh mereka melihat kelaku penjilat-penjilat parti Umno yang juga mereka maki hamun sewaktu berada dalam PKR! Mungkin itu syarat utama untuk mereka berhujah dalam rancangan 'Hujah Umno'.

Begitu juga dengan cerita surat akuan bersumpah muncul setelah bersumpah dua tahun lalu kata dipaksa bersumpah! Duat tahun baru semalam muncul kata kena paksa!

P.Balasubramaniam bekas penyiasat persendirian buat akuan bersumpah pertama kaitkan PM Najib yang dikatakan ada hubungan dengan Altantuya. Bagaimanapun selang sehari saja beliau menarik semula akuan bersumpah pertama dan buat akuan bersumpah kedua hilangkan apa yang beliau bersumpah sebelum itu. Baca di sini dan di sini.

Pemimpin Umno tak layak keluar tv dalam keadaan sekarang yang layak keluar dalam tv Umno 'besi-besi buruk' dan 'barang terpakai' untuk dikitar semula puji Umno dan ludah-ludah bekas parti mereka.

1 ulasan:

  1. Salam...
    depa tahu depa akan kalah dlm prk akan datang..sbb tu pakat buruk2kan parti lawan spy stiasa dpandang buruk oleh rakyat...wallahua'lam

    BalasPadam