Rabu, 6 Oktober 2010

Polis kena bertindak ikut undang-undang bukan arahan

Semasa perbicaraan kes Mat Sabu AJK Pas Pusat dan sembilan orang yang lain di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Prai Selatan Peguam Pas Hanifa Maidin yang wakili Mat Sabu bertanya kepada saksi pendakwa seperti berikut;

Antara beberapa soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa.

Hanipa: Tertuduh (Mohamad Sabu) tidak ditunjukkan surat waran tangkap, apakah beliau boleh ditangkap begitu sahaja.

Saksi pendakwa: Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.

Hanipa: Apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana pihak sekalipun.

Saksi pendakwa: Saya hanya menerima arahan.

Hanipa: Jika terima arahan apakah tangkapan ini tidak bercanggah dengan undang-undang. Kenapa tidak minta waran tangkap.

Saksi pendakwa: Saya terima arahan ketua sahaja.

Hanipa: Antara arahan ketua dan undang-undang mana yang perlu dipatuhi?

Saksi pendakwa: Undang-undang.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10 ribu atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.-Harakahdaily.-Perbicaraan Mohamad Sabu ditangguh 29, 30 November.

1 ulasan:

  1. Salam...
    undang2 kat Malaysia ni da luntur sbb tu makin bnyak jenayah...kalo UMNO : undang2 VS arahan...arahan akan menang tpi kalo PAS atau parti lain: undang2 VS arahan...undang2 akan menang..itulah diibaratkan bagaimana hebatnya UMNO menggunakan kuasa untuk memanipulasi undang2...wallahua'lam

    BalasPadam