Rabu, 13 Oktober 2010

Isu Felda: Siapa yang buta dan nak dibutakan?

Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mengingatkan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor supaya berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran badan berkanun itu, sebaliknya tidak mempersalahkan pertubuhan itu dan PAS.

Pemimpin PAS ini berkata parti yang diwakilinya bukan buta dalam soal perkembangan Felda, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak isu berkaitan dengan agensi persekutuan itu.

“Saya nak ingatkan beliau (Yusof) yang galak bercakap soal Felda dengan kata kita ini penghasut, menabur fitnah, buta dan pelbagai tuduhan lain lagi.

“Saya minta beliau supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan dan komen yang dibuat. Jika tidak lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Yusof perlu memperbetulkan keadaan yang “kucar-kacir ini dan jangan menjadi alat Umno lagi.”

“Jika pentadbiran Felda masih angkuh dan tidak memperbetulkan keadaan ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dibuat Felda.

“Jadi saya minta supaya Yusof dan pemimpin Umno lain supaya bermuhasabah selain berfikir adalah Felda sudah mencapai hasratnya.

“Sebelum buat tuduhan kepada kita, lebih baik mereka fikir dahulu,” kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Mazlan mengulas kenyataan Yusof Sabtu lalu, yang menyifatkan pemimpin parti Islam itu sebagai “orang buta” kononnya tidak memahami corak pentadbiran badan berkanun itu.-The Malaysian Insider Mazlan:Pas tidak buta, Anak akan dedah banyak lagi isu Felda.

Buta penglihatan tak pa lagi tapi kalu buta perut , buta matahati tidak mahu kezaliman didedahkan tu lagi teruk.Rakyat dibutakan dengan mengatakan duit untuk orang miskin sebagai duit judi tapi pemimpin Umno membuta dengan duit judi yang diluluskan Kementerian Kewangan itu tidak mengapa.

Berkaitan;

Ahmad Maslan dan Najib ibarat cacing kepanasan-Peguam Pas

1 ulasan:

  1. salam...
    UMNO stiasa mburukkan apa shj kerja baik yg pemerintahan Pakatan Rakyat buat...wallahua'lam

    BalasPadam