Sabtu, 7 Ogos 2010

'Dah tak ngaku buat apa saya nak ulas'- Harussani

Mufti Perak terus kata bahawa perjumpaan beliau dan Dato' Hasan Ali PJ Pas Selangor memang bincang perpaduan Pas-Umno, tapi bila Dato' Hasan kata bukan tajuk tu yang depa bincang cuma nak belajaq daripada Mufti Perak yang ada pengalaman 30 tahun dalam pentadbiran menyebabkan Harussani tak mau ulas panjang lebaq lagi dah cukup setakat tuuu saja. Tak tau la pasai apa Harussani dok ungkit-ungkit lagi.

Kata Harussani, "Dah dia tidak mahu mengaku buat apa saya ulas lagi. Sudahlah," kata Harussani ketika ditanya pendiriannya berhubung pertemuan tersebut.

Tambahnya, beliau berpegang dengan kenyataannya sebelum ini, bahawa pertemuan itu sememangnya dilakukan bagi tujuan perpaduan Umno-PAS.

Harussani juga sebelum ini dilaporkan berkata, beliau dalam kedudukannya sebagai seorang mufti tidak akan mengemukakan kenyataan yang bercanggah.
Malah, pemimpin PAS sendiri, dalam satu mesyuarat telah mencabar Hasan supaya mengenakan tindakan saman ke atas Harussani berhubung kenyataannya itu.

Cabaran tersebut dikeluarkan pemimpin PAS memandangkan dakwaan seperti itu dianggap akan memberi implikasi yang serius terhadap perpaduan dalam parti.

Sebelum nama Hasan disebut sebagai individu yang terlibat dalam pertemuan itu, timbul gesaan supaya pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan Harussani dipecat.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai desakan dari kalangan pemimpin partinya, Hasan bagaimanapun setakat ini dillihat masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menjelaskan pendiriannya.-Malaysiakini Perpaduan Pas-Umno Mufti Perak Tak Mahu Ulas.

Pertemuan Hasan Ali dan Mufti Perak bukan lagi jadi isu perpaduan tapi dah jadi 'merapuan'. Siapa yang merapu tak tau la. Siapa yang bercakap benar pun kita tak tau.Kalau tau pun kita dah boleh teka sapa dia yang bercakap benar!

Kenapa Dato' Hasan tak saman Mufti Perak kalau Harussani berbohong? Kenapa tak berani saman!? Saman!

4 ulasan:

  1. Salam...
    bila kenyataan dah berubah2...org akan mula bertanda tanya..spe betul...spe alah...dlm hal ni...xtau spe betoi..spe salah..hanya Allah shj yg tahu..wallahua'alm

    BalasPadam
  2. woit mufti umno, lu ni nak jadi hero apa le, lu dah tak leh jadi hero dah, lu dah tua kerepot, lebih baik le lu tambahkan amal ibadat lu sebelum malaikat mai ambik lu punya nyawa, lu ingat lu mufti lu masuk syurga terus ke tanpa jumpa mungkar and nakir, lu orang tua kuat penipu, tok lebai yang dok ngajar orang ngaji kat kampung gua lebih mulia dari lu

    BalasPadam
  3. Nur qamar
    berlapik nampak ??

    BalasPadam
  4. panglima alam siber8 Ogos 2010 pada 9:40 PG

    kahkahkah.....kan ke hasan ali tu ug.....kahkahkah....harussani ke yg harus atau hasan ali ke yg haram....dah memamng tahu sape harussani....yg pi jumpa dia buat apa....kan ke ustaz ahmad awang dah beritahu siapa sebenarnya harussani tu.....atau pun memang geng ug dari pas saje2 nak pi jumpa geng ug dari umno agaknya....apeeee....ade agenda ke.....dengar cerita dlm pas dah takde ug ug lagi....ni ape hal lagi lak ni....kahkahkah....mata mata gelap dlm pas kena siasat ni.....kes berat ni.....hati hati dlm perjuangan....org2 dari forum perdana dah berkuasa dalam pas.....ade konspirasi ke ni......ewah dahsyat tuuuuuuu

    BalasPadam