Rabu, 11 Ogos 2010

Pengarah Urusan, Kontraktor Ditahan ISA


Sapa-sapa pun boleh ditahan dibawah akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahanan tanpa bicara.Terkini Bernama melaporkan Tiga Lelaki Termasuk Seorang Warga Indonesia Ditahan Di Bawah ISA;

Polis menahan tiga orang lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dua lagi lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia.

Beliau berkata, warganegara Indonesia itu ialah Mustawan Ahbab, 34, seorang eksekutif pemasaran yang ditangkap di Bukit Indah, Ampang.

Katanya warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, katanya.-Bernama.

2 ulasan:

  1. salam...
    ramai da jadi mangsa2 ISA...mereka dperlakukan dgn kejam skali semasa dlm tahanan..apakah rasionalnye ISA ini???betulke mereka yg dtangkap ISA pengkhianat negara???knp ramai yg tidak bersalah trut dtangkap ISA hnya semata2 utk mjaga nama baik U***???wallahua'lam

    BalasPadam
  2. kalau rakyat tak sedar lagi ,aku tak tau lah

    BalasPadam