Selasa, 24 Ogos 2010

PM Najib dah jadi lembek macam Pak Lah?

Adakah PM Najib semakin lesu dan lembek dengan segala isu yang melanda negara? Malaysian Insider melaporkan Kepimpinan Najib mula mirip era Pak Lah dakwa Pakatan;

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula mempersenda kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan menggambarkan mirip gaya “Pak Lah” kerana kelihatan bimbang dalam melahirkan pendirian tegas ekoran isu-isu kontroversi kebelakangan ini.

Mereka mendakwa bahawa sikap Najib yang terlalu “berdiam diri” mencerminkan era Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila bekas perdana menteri itu takut dengan orang-orangnya sendiri dalam mengambil pendirian-pendirian tegas.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider juga menggesa Najib keluar dari sikap sedemikian, sebaliknya mengecam insiden-insiden bersifat perkauman.

Najib mengambil alih kepimpinan sebagai perdana menteri pada April 2009 selepas menjadi timbalan sepanjang era Abdullah yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah”.

Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Mereka bimbang sikap sedemikian juga akan menggalakkan pihak lain mencetuskan sentimen kebencian kaum yang dikhuatiri ramai sekarang.

Sikap diam diri beliau membuktikan pandangan saya bahawa musuh utama beliau ialah partinya sendiri,” kata ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad sambil menambah, sebagaimana dilalui Pak Lah, Najib kelihatan bertindak sedemikian sekarang.

“Saya melihat Najib kelihatan melalui situasi yang sama sebab beliau juga berada dalam persekitaran yang sama,” kata beliau lagi.

Najib, yang juga Presiden Umno, juga bimbang untuk menolak politik berasaskan etnik dalam partinya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.Baca semua klik tajuk di atas.-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. kalau mises yang menguasai rumah tangga dan pergerakan bos..itulah jadinya...caca marba.. siapa sebanarnya jadi PM Najib atau Rosmah...

    BalasPadam