Sabtu, 7 Ogos 2010

Lim Guan Eng Lebih Faham Islam Daripada Chua

Mengulas isu yang sama bukan nak puji dan angkat pemimpin Dap tapi apa yang diucapkan oleh Lim Guan Eng tentang isu Pas-Umno guna agama untuk pikat orang Melayu dan kata-kata Chua Soi Lek Presiden MCA yang kata majoriti negara Islam amalkan rasuah dilihat lebih sopan dan beretika. Hang pa nak kata apa tu hang pa punya pasal.

Mungkin Lim Guan Eng belajar tentang Islam sedikit sebanyak daripada Mat Sabu AJK Pas Pusat semasa mereka sama-sama dalam satu sel di penjara Kamunting kerana ditahan di bawah ISA! Chua tak belajar langsung nak kenal sikit sebanyak tentang Islam walaupun dah lama berkawan dengan Umno yang pernah dakwa sebagai parti Islam terbesar dalam dunia. Chua belajar 'ilmu lain' daripada pemimpin Umno. Kalau pemimpin Umno pun hina Islam apatah lagi rakan karibnya daripada MCA tu yang biadap dan kurang ajar.Kawan tak salah tapi kalau kawan nak makan kawan libatkan agama Islam yang kita sayangi ini lebih baik jangan buat kawan.Pergi jahanam la !

Untuk Chua Soi Lek cuba baca berita ni CEO HP letak jawatan ekoran siasatan gangguan seksual
-Malaysian Insider;

Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett-Packard (HP) Mark Hurd meletakkan jawatan dengan serta-merta selepas syarikat itu mendedahkan beliau menjalin hubungan dengan bekas kontraktor dan salah guna kedudukannya untuk habuan seks.

HP berkata, Hurd yang berusia 51 tahun dipaksa melepaskan jawatan selepas ia mendapati menjalin hubungan dengan seorang wanita yang pernah bekerja dengan syarikat berhubung aspek pemasaran.

Syarikat pengeluar komputer dan pencetak itu berkata, Hurd telah memalsukan laporan perbelanjaan dan dokumen-dokumen kewangan yang lain untuk menjalin hubungan dan memperoleh bayaran bagi kerja-kerja yang wanita itu tidak lakukan.

Hurd mengetuai HP selama lima tahun.

HP memulakan siasatan 29 Jun lalu selepas kontraktor itu mendakwa dia berhadapan dengan gangguan seksual daripada Hurd.

Wanita itu yang identitinya dirahsiakan berkhidmat untuk HP selama dua tahun.-Malaysian Insider.

Chua dulu memang dah letak jawatan kerana terlibat dengan skandal seks dan bertanding semula dan menang jawatan Presiden MCA sebab ahli-ahli MCA pun tak bermaruah terus pilih Chua sebagai Presiden MCA.

Malaysiakini melaporkan Negara Islam Tak Progresif:DAP bidas MCA ;

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.-Malaysiakini.

Menarik;
Kalau jahil melantun-lantun, Dr Chua jangan cakap pasal Islam-Penarik Beca
Anwar:Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'-Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Salam...Lim Guan Eng lebih faham sebab dia tau apa yg PAS perjuangkan...dah duduk satu bumbung..dah faham akan kelebihan parti masing2..wallahua'lam

    BalasPadam
  2. cakap boleh tapi pelan-pelan takut nanti menang sorak kampung kena gadai. si bayu-bayu

    BalasPadam