Menurut seorang penganjur yang juga seorang pelajar UiTM, seorang pensyarahnya memaklumkan pagi semalam, bahawa ceramah itu tidak dapat diteruskan kerana ia tidak mendapat kebenaran universiti.
"Pensyarah saya dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar mendapat tahu berhubung majlis itu dan mereka mengarahkan kami supaya tidak mengadakannya,” kata pelajar itu yang tidak mahu dikenali kerana khuatir akan dikenakan tindakan.
Kat
Bagaimanapun, tambahnya, dia tidak berbuat demikian kerana beranggapan bahawa ceramah itu satu majlis kecil yang diadakan di kalangan kawan-kawannya dari fakulti yang berlainan.
"Mungkin judul ceramah itu 'Student Power' (kuasa pelajar) menakutkan mereka,” katanya kepada Malaysiakini-UiTM haramkan 'Student Power'.
Berkaitan;
Kabinet setuju larang penuntut dalam politik-Malaysiakini
Saifuddin tetap bawa idea benar pelajar berpolitik ke MT Umno 27 Ogos-Malaysian Insider
Inilah produk peninggalan mat misai keparat yang dimalukan oleh orang muda umno sendiri. mintak maaf tan sri...
BalasPadam